Majalah Al-Hikmah 14 | 2024

MUAHMMAD FIRDAUS BIN FARIZAL Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Akidah dan Agama firdausfarizal825@gmail.com Oleh: MENIMBA ILMU DI TANAH AWAN PUTIH PANJANG (AOTEAROA) Aotearoa adalah nama lain bagi negara New Zealand. Nama ini berasal dari bahasa Māori menggabungkan ao ' awan' , 'hari', tea 'putih', 'terang' dan roa 'panjang' sekaligus membawa maksud paling popular iaitu "Awan Putih Panjang". Ia pada asalnya diberi kepada Pulau Utara sejak kurun ke- 20. Masyarakat Māori moden melanjutkan gelaran tersebut kepada seluruh kepulauan New Zealand. Nama ini juga biasa digunakan dalam bahasa Inggeris New Zealand kadangkala digandingkan dengan nama Inggerisnya yang lain sebagai "Aotearoa New Zealand". oleh para pelajar dalam menjalani latihan industri ini. Oleh itu, Majalah Al-Hikmah edisi kali ini membawakan seorang pelajar dari program akidah dan agama sendiri yang telah menjalani latihan industri bukan di dalam negara tetapi di luar negara iaitu New Zealand di mana beliau bakal bergraduasi dalam majlis konvokesyen USIM ke-22 tahun ini. MAJALAH HIKMAH | 42 Pengenalan Latihan Industri Latihan industri adalah program yang diwajibkan untuk pelajar universiti sebagai sebahagian daripada kurikulum mereka. Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk memperoleh pengalaman kerja praktikal dalam bidang yang mereka pelajari. Antara tujuan dan kepentingan latihan industri ini ialah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar tentang dunia kerja sebenar dimana pelajar berpeluang untuk memahami dan merasai bagaimana teori dan dan konsep yang dipelajari dalam kelas diaplikasikan dalam situasi kerja sebenar. Disamping itu, dapat menambahkan keyakinan supaya pelajar lebih yakin dan bersedia untuk memasuki pasaran kerja setelah tamat pengajian dan banyak lagi pengalaman yang bakal dilalui Firdaus : Assalamualaikum saudara Basit. Nama saya Muhammad Firdaus bin Farizal, Pelajar Akidah dan Agama. Untuk makluman saudara, saya mewakili pihak Majalah Al-Hikmah ingin mewawancara saudara Basit berkenaan pengalaman Saudara menjalani Latihan industri di New Zealand. Jikalau saudara Basit tidak keberatan, segala perbualan kita akan dirakam dan diolah ke dalan bentuk word. Untuk itu sebagai permulaan, boleh perkenalkan sedikit tentang latar belakang saudara Basit?

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=