Majalah Al-Hikmah 14 | 2024
berkenaan satu-satu masalah yang berlaku, melainkan para Nabi AS. Ini kerana pengetahuan yang ada pada mereka para Nabi AS ini adalah pemberian daripada Allah Taala. Oleh yang demikian, seorang pengkaji tidak terhenti daripada melakukan kajian ilmiah melainkan seseorang itu sudah mencapai kedudukan yang tinggi dalam keilmuan. Bila mana seseorang pengkaji itu berhenti daripada membuat kajian maka dia sudah tidak mengembangkan ilmunya dan barangkali pengkaji ini mempunyai sebab-sebab yang lain. Adapun sekarang saya sudah memulakan penulisan terhadap sebahagian kajian yang terkait dengan bidang saya iaitu dalam ilmu akidah dan tasawuf. Dalam masa yang sama, saya sedang menyusun sebuah buku berkaitan akidah dan tasawuf agar dapat dijadikan rujukan kepada para pelajar kita di universiti. Begitu juga saya mahu mempelajari bahasa Melayu supaya mudah untuk berkomunikasi dengan para pelajar khususnya, dan umumnya kepada masyarakat setempat di Malaysia. Sebagaimana saya memulakan sumbangan saya dengan mensyarahkan beberapa buah kitab kepada para pelajar di beberapa buah negara sebelum ini, saya juga mensyarahkan kitab-kitab ini di pusat kajian akidah (AGENT) di fakulti ini. MAJALAH HIKMAH | 40 Luqman : Bolehkah Dr. Amin berikan beberapa nasihat atau kata-kata semangat buat semua pembaca? Dr. Mohammed Amin Ali Ali Mohammed Eyssa : Sukacita saya hendak mendahulukan pesanan-pesanan ini kepada semua saudara saya, khususnya daripada kalangan penuntut ilmu, moga- moga kita mendapat manfaat melaluinya. Insha-Allah. Pertama: Hendaklah kalian memperbaiki hubungan sesama kalian terutamanya hubungan dengan Allah taala. Dalam masa yang sama, perbaharui niat kalian dalam menuntut ilmu dengan tujuan untuk membantu agama Islam dan seluruh alam, pimpinlah semua orang kepada jalan yang benar yang diredhai Allah Taala dan Rasul- Nya. Kedua: Jangan sesekali membuang masa yang diberikan oleh Allah Taala kecuali dengan perkara yang memberikan faedah. Ini kerana umur adalah tempoh masa kita. Dan apabila masa sudah berlalu, ia tidak akan kembali. Ketiga: Ulangilah ( muraja’ah ) apa yang kalian telah pelajari sehingga kamu boleh menghafal pelajaran itu. Maka ilmu itu menjadi manfaat bagi diri kamu. Apabila waktu kamu memerlukan ilmu itu, maka ia sudah sedia di dalam pemikiran dan hati kamu. Keempat: Jagalah solat lima waktu. Kelima: Jadikan al-Quran sebagai wirid harian kalian. Keenam: Pilihlah dan genggamlah erat para sahabat yang membawa diri kalian sentiasa mengingati Allah Taala.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=