Majalah Al-Hikmah 14 | 2024
Terdapat beberapa cabaran yang perlu dihadapi pengkaji untuk menyelesaikan tesis-tesis tersebut seperti kehilangan waktu lapang kerana waktu-waktu itulah yang digunakan untuk mencari harta benda dan pengurusan keluarga sekiranya sudah berkahwin. Selain itu, kekurangan bahan-bahan ilmiah seperti artikel, buku, dan manuskrip di mana para pengkaji perlu keluar daripada kawasan tempat tinggal. Akan tetapi halangan ini sudah berkurangan kerana bahan-bahan yang diperlukan sudah dimuat naik dalam format PDF. Seterusnya, kelemahan pelajar untuk memahami dan mendalami perbahasan tesis yang dibuat kerana tiada penjelasan yang mendalam. Akhir sekali, cabaran bahasa di mana pelajar tidak menguasai bahasa asal yang digunakan dalam perbahasan. subjek tersebut di Universiti Misriyyah li al-Thaqafah al-Islamiyah (Nur Mubarak), Kazakhstan. Saya meneruskan tugasan saya sebagai pengajar di universiti tersebut khususnya dalam mengajarkan ilmu akidah, falsafah, mantiq dan hadis selama 3 tahun, sehinggalah saya dilantik menjadi Ketua bagi unit Jabatan Akidah dan Falsafah. Dalam masa yang sama, saya juga dilantik menjadi Pengetua bagi Pusat Dakwah dan Kefahaman Islam di universiti tersebut. Urusan di universiti tidak menghalang saya untuk melakukan aktiviti- aktiviti kemasyarakatan. Saya pernah pergi melawat rumah-rumah masyarakat Kazakhstan, mengikuti majlis perayaan mereka di sana, mengucapkan tahniah bagi berita gembira mereka. Jika sebaliknya, saya juga mengucapkan takziah dan menasihati mereka. Paling saya tidak lupakan, saya juga pernah menjadi Imam solat tarawih di Masjid Utama Almaty, Kazakhstan iaitu masjid terbesar serta merupakan masjid negara dan mengkhatamkan semua juzuk Al-Quran pada bulan Ramadan. Saya juga pernah beberapa kali dijemput menjadi tetamu undangan ke muktamar perbahasan ilmiah sama ada di universiti ini mahupun luar universiti. Kemudian, saya pun sentiasa berpindah-randah di Kazakhstan demi untuk menunaikan hajat penuntut ilmu untuk mengajarkan ilmu aqidah, falsafah dan mantiq. MAJALAH HIKMAH | 39 Luqman : Boleh Dr. Amin ceritakan serba sedikit tentang perancangan ataupun langkah-langkah awal yang diambil sejurus selepas tamatnya pengajian tertinggi? Dr. Mohammed Amin Ali Ali Mohammed Eyssa : Seusai saya menyelesaikan pembentangan tesis PhD, saya terus membentangkan kajian ke salah sebuah universiti ataupun pusat kajian ilmiah untuk menjadi tenaga pengajar bagi subjek akidah dan falsafah. Dengan taufiq daripada Allah Taala, saya mendapat peluang menjadi tenaga pengajar bagi Luqman : Bolehkah Dr. Amin kongsikan kami serba sedikit tentang perkembangan kerja akademik buat masa ini? Dr. Mohammed Amin Ali Ali Mohammed Eyssa : Kajian ilmiah realitinya tidak akan terhenti dan tiada batasan kerana rahsia dan hikmah di sebalik sesuatu ilmu itu terlalu banyak. Dan manusia biasa tidak akan mampu dan tidak terdaya untuk menghadamkan setiap pengetahuan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=