Majalah Al-Hikmah 14 | 2024
manhaj akidah Ahli Sunnah di kalangan ulama Asha’irah, dan mengikuti mazhab Imam Abi Hanifah dalam fiqh. Saya mencintai kesemua imam mazhab yang empat seperti Imam Al-Nu’man Bin Thabit, Imam Malik Bin Anas, Imam Muhammad ibn Idris Al-Shafi’i, dan Imam Ahmad ibn Hanbal rahimahum Allah Taala. Dan saya mengikuti Tarekat Naqysyabandiah Kurdiyah dalam tasawuf. Dr. Mohammed Amin Ali Ali Mohammed Eyssa : Saya memulakan dengan basmalah. Pendidikan awal saya bermula dengan menghafal Kitabullah pada usia 10 tahun melalui bimbingan ayah saya, semoga Allah taala menjaga beliau. Kemudian, saya melanjutkan pendidikan melalui Madrasah Al-Azhar Al-Sharif daripada peringkat rendah sehingga ke peringkat menengah tinggi dan mendapat sijil thanawi. Ketika itu pada awalnya saya bersama kawan saya memilih pengajian bahasa Arab dan sastera. Kemudian saya telah melanjutkan pengajian sarjana muda dalam bahagian Usuluddin, bahagian akidah dan falsafah dan telah mendapat gelaran sarjana muda. MAJALAH HIKMAH | 38 Saya juga tidak mengkafirkan setiap seorang pun dalam kalangan ahli kiblat dalam kelompok Ahli Sunnah serta pengikutnya, sebagaimana Al-Imam Abu al- Hasan Al-Ash’ari telah mendidik kita untuk tidak melakukan sedemikian. Akan tetapi saya bertegas dengan pendirian bahawa kelompok Wahabiyah Salafiyah bukanlah termasuk di dalam golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana apa yang telah dinyatakan oleh mereka semua telah menyimpang daripada kesepakatan ulama (ijmak). Tetapi dalam masa yang sama, saya tegaskan sekali lagi bahawa saya tidak mengkafirkan mereka bahkan saya mencintai mereka semua kerana atas dasar iman. Saya berpandangan bahawa Bumi Palestin sedang dijajah oleh musuh Zionis yang kejam. Dan menjadi suatu tuntutan kepada kita tanpa kompromi untuk menolong mereka dengan setiap kemampuan yang kita ada, sama ada bantuan perubatan, makanan, ketenteraan, bahkan lagi utama,adalah doa. Saudara-saudara kita dalam kalangan mujahidin di sana sentiasa berada dalam keadaan siap-siaga. Mereka ini berada di jalan yang benar mengikut perintah Allah Taala dan Rasul-Nya. Luqman : Bolehkah Dr. Amin ceritakan serba sedikit tentang pengalaman belajar di Mesir serta cabaran menuntut ilmu sehingga ke peringkat pengajian doktor falsafah? Sejurus saya sudah menamatkan pengajian pada peringkat prasiswazah, saya meneruskan pengajian pada peringkat pascasiswazah dan mendapat gelaran sarjana dengan darjah cemerlang melalui kajian tesis saya melalui kitab yang berjudul Al-Tanzih Fi Ibtal Hujaj al- Tashbih yang dikarang oleh Qadi Al- Qudhah Imam Badruddin Ibnu Jamaah. Seusai saya tamat pengajian sarjana, saya melanjutkan pengajian ke peringkat doktor falsafah dengan tesis kajian berjudul Imam Al-Amidi dan pandangan beliau terhadap Asha’irah dan Muktazilah mengenai Bab Ketuhanan dengan pangkat Kepujian Tertinggi.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=