Majalah Al-Hikmah 14 | 2024
MUHAMMAD LUQMAN BIN ABDUL SAMAD Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Akidah dan Agama Muhdluqmaan31@raudah.usim.edu.my Oleh: MENGHUBUNGKAN DUA DUNIA: PENGALAMAN PENSYARAH MESIR KE MALAYSIA Luqman : Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Nama saya Muhammad Luqman bin Abdul Samad. Saya mewakili pihak Majalah al-Hikmah ingin mewawancara Dr. Amin berkenaan latar belakang Dr. Amin. Untuk itu sebagai permulaan, boleh Dr. Amin ceritakan serba sedikit mengenai latar belakang Dr? Saya telah dibesarkan dalam keluarga yang berlatar pendidikan Al-Azhar Al-Sharif. MAJALAH HIKMAH | 37 Dr. Mohammed Amin Ali Ali Mohammed Eyssa : Nama saya ialah Mohammed Amin Bin Ali Bin Ali Bin Mohammed Eyssa. Saya adalah seorang warganegara Mesir berasal daripada wilayah Qalyubi yang terletak di Semenanjung Kaherah. Bapa saya adalah seorang graduan daripada Al-Azhar Al-Sharif. Beliau telah menghantar anak-anaknya termasuklah saya ke Madrasah Al-Azhar Al-Sharif daripada peringkat rendah ke menengah tinggi, sehinggalah kami semua mendapat ijazah daripada Universiti Al-Azhar Al- Sharif. Kesemua kami beraqidah Ahli Sunnah melalui manhaj Asha’irah, manakala mazhab fiqh pula melalui mazhab Imam Abi Hanifah. Adapun mazhab atau jalan kesufian kami melalui Tarekat Naqsyabandiah Kurdiyah. Nisbah Kurdiyah merujuk kepada pengasasnya Fadilatul Maulana Syeikhul Imam Muhammad Amin Al-Kurdi rahimahu Allah taala yang juga berasal daripada Mesir pada awal kurun ke 20. Keluarga kami adalah kesemuanya ahli tasawuf tatkala mereka menemui perkuburan datuk dan moyang di perkampungan kami semuanya adalah ahli tasawuf. Dan saya bersyukur kepada Allah Taala atas taufiq-Nya dan nikmat-Nya yang telah diberikan kepada saya kerana saya telah mengikuti
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=