Majalah Al-Hikmah 14 | 2024

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Akidah dan Agama 013-5146508 Oleh: Mereka juga cenderung memanipulasi unsur kesufian untuk kepentingan tertentu, termasuk kepentingan duniawi dan kedudukan, serta mengaburkan ajaran dengan elemen-elemen mistik yang tidak selaras dengan prinsip-prinsip Islam. Akibatnya, timbul kekeliruan dan persepsi negatif dalam masyarakat terhadap tarekat kesufian secara keseluruhan. Kesan daripada kemunculan golongan ini bukan sahaja merosakkan reputasi tarekat yang sahih, tetapi juga mengganggu perjalanan spiritual orang yang benar-benar mencari jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah melalui kesufian. MAJALAH HIKMAH | 36 Dalam menangani situasi ini, penting bagi umat Islam untuk memiliki ilmu dan kefahaman yang benar tentang tasawuf dan tarekat kesufian di samping melazimi “suhbah solehah” iaitu melazimi sahabat yang jujur, benar, baik lagi soleh supaya dapat mengukuhkan kefahaman yang tepat tentang tasawuf. Tambahan pula,para ulama yang muktabar, seperti Imam Al- Ghazali, telah menjelaskan bahawa kesufian yang sah adalah yang berlandaskan syariat dan bebas dari bid’ah. Masyarakat menjadi ragu dan waspada, bahkan terhadap tarekat yang terbukti mengikuti syariat dan diajarkan oleh syeikh murabbi yang berwibawa. Sebagai contoh, amalan seperti penyembahan kepada syeikh atau menganggap syeikh sebagai maksum (terbebas dari dosa) adalah salah satu contoh penyimpangan yang dilakukan oleh golongan yang menyimpang. Amalan ini jelas bertentangan dengan prinsip Islam dan sangat jauh dari tujuan sebenar kesufian yang mengajarkan tawadhu' (kerendahan hati) dan ketaatan mutlak kepada Allah. Pendidikan dan pemahaman yang mendalam mengenai ajaran Islam dan sejarah kesufian akan membantu masyarakat mengenali perbezaan antara tarekat yang sahih dan yang menyimpang. Hal ini juga akan membimbing mereka memilih syeikh atau guru rohani yang benar-benar berilmu dan bertaqwa, serta mengamalkan kesufian dengan penuh kehati-hatian dan keselarasan dengan syariat Islam. Kesimpulannya, anggapan bahawa semua tarekat kesufian adalah sesat tidak tepat dan tidak berlandaskan fakta yang menyeluruh. Banyak tarekat kesufian yang berperanan besar dalam menghidupkan ajaran Islam secara lahir dan batin, serta membantu individu memperkuat hubungan mereka dengan Allah melalui pemahaman yang lebih mendalam tentang diri dan agama mereka. Tarekat kesufian yang sahih mengajak pengikutnya untuk mencapai maqam kerohanian/spiritual yang lebih tinggi tanpa menyimpang dari syariat, sehingga mereka dapat mencapai kedamaian batin dan kehidupan yang diberkati.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=