Majalah Al-Hikmah 14 | 2024
AHMAD FARIS HANI BIN ABDULLAH Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Akidah dan Agama 013-5146508 Oleh: Ketiga, ulama Islam terkenal, termasuk Imam Al-Ghazali, Imam Junayd al- Baghdadi, dan Ibnu Ata'illah al-Sakandari, memberikan garis panduan yang jelas untuk membezakan antara tarekat yang sahih dan tarekat yang menyimpang. Imam Al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumuddin mengajarkan bahawa tasawuf yang benar adalah jalan yang mengikuti syariat dengan setia, menekankan introspeksi (muhasabah) diri dan pemurnian hati. Imam Junayd, sebagai "imam para sufi," menekankan bahawa seorang sufi harus mematuhi syariat dan tidak boleh mencampur adukkan ajaran Islam dengan elemen luar yang menyimpang. Mereka juga menolak amalan bersikap fanatik terhadap pemimpin sehingga menganggap mereka sebagai maksum (bebas dari dosa), kerana hal ini bertentangan dengan syariat Islam. Ahli sufi yang sebenar akan berpegang teguh dengan kaedah yang penting ini iaitu “mengagungkan syariat dan tidak mendewakan mana mana individu”. MAJALAH HIKMAH | 35 Misalnya, Wali Songo di Nusantara menggunakan pendekatan tasawuf dalam berdakwah, dan pendekatan ini diterima baik oleh masyarakat kerana para wali tersebut memperlihatkan ketulusan, kedamaian, dan kesederhanaan, selaras dengan nilai-nilai Islam yang mengajarkan persaudaraan. Sehubungan dengan itu, terdapat ungkapan hikmah "siapa yang tiada syeikh, maka syeikhnya adalah syaitan”. Ungkapan ini dikaitkan dengan tokoh-tokoh sufi termasuklah Imam Junaid al-Baghdadi dan Sahl at-Tustari, serta digunakan dalam pelbagai tarekat kesufian sebagai nasihat tentang pentingnya bimbingan rohani. Ungkapan ini bermaksud bahawa seseorang yang ingin menempuh jalan kesufian dan mendekatkan diri kepada Allah memerlukan bimbingan seorang syeikh murabbi atau guru rohani yang berpengetahuan dan berakhlak mulia( Akhlak Muhammadiy ). Tanpa bimbingan ini, seseorang berisiko tersesat atau dipengaruhi oleh bisikan hawa nafsu atau godaan syaitan. Syeikh yang murabbi berperanan sebagai pembimbing, memberi panduan dalam beramal dan menjaga seseorang murid agar tidak menyimpang dari jalan yang benar sesuai dengan syariat Islam. Tambahan lagi, sejarah menunjukkan bahawa kesufian memainkan peranan besar dalam perkembangan dakwah Islam di berbagai belahan dunia. Banyak tokoh sufi menyebarkan Islam melalui ajaran yang penuh kelembutan, kesabaran, dan cinta terhadap sesama manusia. Seantero dua purnama ini, munculnya golongan yang bertopengkan tarekat kesufian, timbul kebimbangan di kalangan masyarakat tentang keaslian dan kesahihan amalan-amalan tarekat tersebut. Golongan ini seringkali mendakwa memiliki ajaran sufi yang benar namun menyeleweng daripada syariat, serta memperkenalkan amalan yang tidak mempunyai asas dalam Islam, seperti ritual atau zikir yang berlebihan dan di luar batasan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=