Majalah Al-Hikmah 14 | 2024

AHMAD FARIS HANI BIN ABDULLAH Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Akidah dan Agama Oleh: MENOLAK PERSEPSI BAHAWA SEMUA TAREKAT KESUFIAN SESAT Kesufian atau tasawuf adalah disiplin rohani dalam Islam yang berfokus pada pendekatan batiniah atau dalaman kepada Allah melalui zikir, tafakkur, dan mujahadah (usaha kerohanian). Tarekat kesufian merujuk kepada jalan yang dibimbing oleh seorang guru/syeikh murabbi atau mursyid, yang bertujuan membantu pengikutnya mencapai maqam (kedudukan) rohani yang bersih lagi suci. Walau bagaimanapun, terdapat persepsi negatif dalam masyarakat yang menganggap semua tarekat kesufian sebagai sesat atau tidak boleh diamalkan. Persepsi ini terlalu umum dan tidak mempertimbangkan variasi dalam falsafah dan amalan tarekat kesufian. Tidak semua tarekat sesat dan masih banyak yang setia kepada syariat Islam serta mengajarkan penghayatan nilai-nilai Islam yang tulus. Pertama, tarekat kesufian yang sahih berlandaskan ajaran Al-Quran dan Hadis sebagai asas panduan mereka. Tarekat- tarekat seperti Qadiriyah, Naqsyabandiyah dan Shadziliah yang wujud sejak awal Islam dibangun oleh para ulama besar seperti Syeikh Abdul Qadir al-Jilani, Syeikh Ahmad al-Badawi, dan Syeikh Abu Hasan al- Shadzili, yang dihormati atas keilmuan syariah mereka. MAJALAH HIKMAH | 34 Tokoh-tokoh ini dikenal sebagai ulama dan pemimpin rohani yang berpegang teguh kepada syariat dan tarekat. Mereka Kedua, tujuan utama tarekat kesufian yang benar adalah untuk meningkatkan hubungan kepada Allah melalui pemurnian hati, bukan untuk kepentingan material atau kedudukan duniawi. Pada intinya, kesufian sejati berfokus pada penyucian jiwa dan penyingkiran nafsu yang buruk, yang tidak dapat dicapai tanpa pematuhan terhadap syariat Islam. Melalui usaha yang sungguh-sungguh (mujahadah), tarekat ini mengajarkan para pengikutnya untuk memperbaiki diri, menjalani kehidupan yang sederhana, dan mengamalkan akhlak mulia. menitikberatkan ketaatan terhadap hukum Islam sambil memberikan perhatian yang mendalam terhadap peningkatan kerohanian. Dalam sesebuah tarekat, pengikut diajarkan untuk beribadah dengan penuh kesedaran, memurnikan niat, dan membersihkan diri dari sifat-sifat tercela seperti iri hati,hasad dengki dan ketamakan. farishanikun21@gmail.com

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=