Majalah Al-Hikmah 14 | 2024
ل ً ط ِ ب ا َ ط ل ِ ب ا َ ل ْ نا ا َ ر ِ أ َ و َ ب اعه َ ت ّ ا ِ نا َ ق ْ ز ُ ر ْ و ا َ ق ا ّ ح َ ق ّ ح َ ل ْ نا ا َ ر ِ أ َ م ّ ه ُ ل ّ ”ال نا َ ل ْ ع َ ج ْ و ا َ ل ّ ض ِ ن َ ف َ نا َ ي ْ ل َ ع َ س ا ً ب ّ ل َ ت َ م ُ ه ُ ع ل َ ج ْ ت َ ل َ و َ نابه َ ت ِ ج ْ نا ا َ ق ْ ز ُ ر ْ و ا َ م ا“ ً م ا َ إ ِ ن َ ق ي ِ ت ّ م ُ ل ْ ل ِ Maksudnya: “Ya Allah, tunjukkanlah kami kebenaran itu sebagai kebenaran dan rezekikan kami untuk mengikutinya. Dan tunjukkanlah kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan rezekikanlah kami untuk menjauhinya. Dan janganlah Kau jadikannya keliru atas kami yang menyebabkan kami menyimpang dari kebenaran dan jadikanlah kami bagi orang yang bertakwa sebagai pemimpin.” Sikap anti kebenaran adalah dikhuatiri boleh membawa kepada anti Islam. Kita doakan: MAJALAH HIKMAH | 33 Sesiapa yang menduduki sesuatu jawatan atau pekerjaan perlukan kelayakan yang membuktikan kemampuan dirinya, maka sekiranya seseorang itu mendapat sijilnya (atau apa-apa bukti) dengan cara penipuan, diharamkan ke atasnya apa yang diusahakannya dan apa yang hendak dihasilkan daripada sijilnya itu. Dan setiap daging yang tumbuh daripada sesuatu yang haram, maka api neraka yang akan membakarnya nanti. Ini turut dibenarkan oleh firman Allah Ta’ala yang maksudnya: “Janganlah sekali-kali kamu menyangka bahawa orang-orang yang gembira dengan apa yang telah mereka kerjakan dan mereka suka supaya dipuji terhadap perbuatan yang belum mereka kerjakan, janganlah kamu menyangka bahawa mereka terlepas dari siksa, dan bagi mereka siksa yang pedih” (Ali Imran 3: ayat 188). Dan sesiapa yang telah melaksanakan sesuatu pekerjaan biasa (yang tidak memerlukan kelayakan istimewa), maka baginya upah pekerjaan tersebut seperti mana usaha yang telah dicurahkan oleh mana-mana pekerja lain, dan hal ini tidaklah berkaitan dengan nilai kelayakannya. Dalam tajuk upahan yang rosak ini dipanggil upahan yang sepadan, sekiranya terdapat sesuatu yang melampau dalam perkara ini maka hukumnya adalah haram. Kesimpulannya, penjelasan hukum haram meniru dalam peperiksaan adalah termasuk dalam pelbagai usaha Islam untuk membanteras masalah defisit kebenaran sehingga ke akar umbinya. Penipuan adalah anti kebenaran. Kejahilan atau defisit pengetahuan juga adalah anti kebenaran. Pecah amanah atau defisit kepercayaan juga adalah anti kebenaran.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=