Majalah Al-Hikmah 14 | 2024

MAJALAH HIKMAH | 32 Terjemahannya: Apakah hukum agama atas perbuatan pelajar yang menipu semasa peperiksaan, dan adakah harus bagi pengawas peperiksaan untuk membantu mereka kerana kesusahan yang mereka alami dalam peperiksaan? JAWAPAN SOALAN Secara prinsipnya, penipuan dalam apa jua perkara adalah haram hukumnya, dan secara jelas terdapat sabda Rasulullah SAW iaitu: “Sesiapa yang menipu kami, maka bukanlah dia termasuk dalam kalangan kami” (Riwayat Muslim). Hukum ini adalah umum dalam setiap perkara yang bercanggah dengan kebenaran. Maka sesiapa yang menipu telah melakukan maksiat, dan sesiapa yang membantunya dalam penipuan maka dia juga akan mendapat dosa yang sama. Tidak sahih untuk dijadikan alasan bahawa kesusahan dalam peperiksaan itu untuk membenarkan penipuan dilakukan. Adalah peperiksaan itu diadakan untuk membezakan antara pelajar yang bekerja keras dengan yang sebaliknya, dan agama tidak menyamakan antara keduanya dalam perkara muamalah, malah melalui akal pun kita tidak dapat merestui perlakuan sebegini. Firman Allah Taala maksudnya: “Patutkah Kami menganggap orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh sama dengan orang-orang yang berbuat kerosakan di muka bumi? Patutkah (pula) Kami menganggap orang- orang yang bertakwa sama dengan orang- orang yang membuat maksiat?” (Saad 38: ayat 28), secara spesifik dalam hal-ehwal ilmu pengetahuan, firman Allah Ta’ala maksudnya: “Katakanlah: Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" (Al- Zumar 39: ayat 9). غيره، والدين ل يسوى بينهما فى المعاملة، وكذلك العقل السليم ل يرضى بهده التسوية، قال تعال {أم نجعل الذين آمنوا وعملوا الصالحات كالمفسدين فى وبخصوص 28 : الرض أم نجعل المتقين كالفجار} ص العلم قال {قل هل يستوى الذين يعلمون والذين ل .9 : يعلمون} الزمر والذى تول عمل يحتاج إل مؤهل يشهد بكفاءته، وقد نال الشهادة بالغش يحرم عليه ما كسبه من وراء ذلك، وكل لحم نبت من سحت فالنار أول به وقد يصدق عليه قول ا تعال {ل تحسبن الذين يفرحون بما أتوا ويحبون أن يحمدوا بما لم يفعلوا فل تحسبنهم بمفازة من العذاب ولهم عذاب أليم} آل .188 : عمران وإذا كان قد أدى عمل فله أجر عمله كجهد بذله أى عامل، وليس مرتبطا بقيمة المؤهل، وهو ما يعرف بأجر المثل فى الجارة الفاسدة، وما وراء ذلك فهو حرام. وانتشار الغش فى المتحانات وغيرها رذيلة من أخطر الرذائل عل المجتمع، حيث يسود فيه الباطل وينحسر الحق، ول يعيش مجتمع بانقلب الموازين الذى تسند فيه المور إل غير أهلها، وهو ضياع للمانة، وأحد علمات الساعة كما صح فى الحديث الشريف. Penyebaran penipuan dalam peperiksaan dan juga dalam hal-hal yang lain adalah perkara yang terburuk boleh berlaku dalam masyarakat kerana ini boleh menyebabkan kejahatan bermaharajalela dan kebenaran itu dihancurkan. Sebuah masyarakat tidak dapat hidup sejahtera dengan sistem nilai yang porak-peranda di mana diserahkan perkara-perkara tertentu kepada yang bukan ahlinya. Inilah fenomena hilang amanah seperti mana yang disebutkan dalam salah sebuah hadis yang sahih berkenaan petanda hari kiamat.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=