Majalah Al-Hikmah 14 | 2024
MAJALAH HIKMAH | 30 Maka perlu beringat pada konteks mahasiswa ini, menjaga hubungan kita dengan Allah itu perlu, di samping menjaga hubungan dengan manusia seperti menuntut ilmu, aktif dalam berpersatuan, mengasah kemahiran untuk masa hadapan dan sebagainya. Apabila seseorang mahasiswa dapat memaknai perbuatan ini, maka itulah Wasatiyyah . Berbincang Wasatiyyah ini tidak perlu melihat kepada pentadbiran negara, atau akidah Islam secara amnya, pada diri kita selaku pelajar juga perlu mengamalkan nilai Wasatiyyah agar kita dapat menjadi sebaik-baik umat yang berjaya seimbangkan duniawi dan ukhrawi. Memenuhi tuntutan sebagai mahasiswa itu perlu kita garap, sebelum kita berbincang lebih meluas konteks Wasatiyyah ini dari sudut akidah, ekonomi, politik dan sebagainya. tanggungjawab pelajar yang perlu digalas di samping terlibat dalam berpersatuan di Universiti ini. Penulis faham akan semangat berpersatuan itu tinggi, namun tidak alpa untuk mengutamakan pembelajaran yang dituntut sebagai satu kepentingan utama, dan itulah Wasatiyyah. Meluas makna Wasatiyyah ini juga dipakai dalam konteks agama. Belajar dengan bersungguh, tapi jangan pernah lupa tugas kita sebagai hamba Allah yang sentiasa melaksanakan ibadah padanya dan tidak pernah lupa pada-Nya selaku Rabb yang mengurniakan kita segalanya. Penulis ingin merangkumkan segala kupasan mereka dan pendapat penulis mengenai pemahaman Wasatiyyah di kalangan mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia. Secara literalnya, seorang pelajar USIM perlu memahami bahawa konteks Wasatiyyah ini luas. Bukan sahaja membawa maksud bersederhana antara liberal dan ekstrim, namun diaplikasikan juga dalam tanggungjawab seorang pelajar itu sendiri. Memahami keperluan pelajar untuk mengutamakan pembelajaran danperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan itu merupakan, Malaysia (UIAM) dan juga merupakan antara 50 tokoh falsafah berpengaruh di dunia, Assoc. Prof. Dr. Hüseyin Mercan selaku pensyarah di Marmara University, Turkey , dan akhir sekali Syaikh Dr. Muhammad Yahya Al-Ninowy selaku pengarah Medina Institute di USA.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=