Majalah Al-Hikmah 14 | 2024

MAJALAH HIKMAH | 29 Universiti Sains Islam Malaysia juga dilihat antara salah satu institusi yang memelihara dan memaknai Wasatiyyah dalam pentadbiran mereka. Visi USIM, iaitu pemerkasaan serta keterangkuman masyarakat dan industri melalui aplikasi integrasi ilmu Aqli dan Naqli yang dikongsikan kepada masyarakat dan industri, juga dapat kita kesan dan perhatikan aspek Wasatiyyah yang cuba diterapkan dalam universiti ini. Baru-baru ini, USIM telah menjadi tuan rumah bagi International Seminar On Islam And Moderation (SAIK 2024) yang telah mengumpulkan puluhan ilmuwan di serata dunia membincangkan konsep Wasatiyyah dalam pelbagai perkara, waima di dalam aspek pembangunan negara, pendidikan, ekonomi, dan akidah Islam. Wasatiyyah dalam kalangan mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Penulis berkesempatan untuk menghadiri dan mendengar beberapa kupasan ilmiah daripada para pembentang yang sangat arif dalam memperihalkan nilai Wasatiyyah yang perlu diterapkan dalam masyarakat Muslim terutamanya. Penulis juga berpeluang menemuramah empat pembentang mengenai konsep Wasatiyyah yang harus diamalkan oleh semua, iaitu Prof. Dr. H. M. Din Syamsuddin selaku mantan pengerusi pesantren Muhammadiyah Indonesia, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Osman Bakar selaku rektor terkini Universiti Islam Antarabangsa Prof. Emeritus Dato’ Dr. Osman Bakar, pernah menyebutkan di dalam ucapannya semasa beliau membentangkan kertas kerja ‘Membentuk Muslim Moderat pada alaf ke-21’ pada symposium Julai lalu, beliau menyebutkan bahawa Wassatiyyah ini perlu diaplikasikan dalam kehidupan seharian, waima semasa belajar, semasa berbelanja, semasa makan dan minum, semasa memperagakan pakaian di luar, dan juga dalam menghayati konteks tauhid. Beliau ada menyebutkan berbelanja secara sederhana sesuai dengan keperluan itu dikategorikan dalam Wasatiyyah, semasa berjalan-jalan menuju ke destinasi mengenakan pakaian yang mematuhi syariat Islam juga tergolong dalam nilai Wasatiyyah.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=