Majalah Al-Hikmah 14 | 2024

Akhir tahun 2024 merupakan musim tengkujuh bagi negara Malaysia. Hujan lebat, ribut taufan dan banjir besar melanda di seluruh negara, terutamanya di kawasan pantai timur semenanjung Malaysia. Ramai warga Universiti Sains Islam Malaysia yang turut terkesan dengan bencana banjir pada kali ini. Bagi pihak Majalah Al-Hikmah kami mendoakan keselamatan dan kesejahteraan buat semua mangsa banjir. Moga Allah S.W.T menggantikan segala kesusahan dan kesabaran yang dihadapi dengan pelbagai kebaikan di dunia dan di akhirat. Sepanjang kedukaan dan musibah yang dihadapi ini, terselit juga kegembiraan yang perlu diraikan buat para graduan yang telah menghabiskan pengajian mereka. Sehubungan dengan itu, bersempena Majlis Konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia kali ke-22, sidang editor Majalah Al-Hikmah ingin mengucapkan tahniah kepada semua Mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia yang telah menghabiskan pengajian mereka. Majlis konvokesyen ialah satu majlis rasmi yang gemilang penuh adab dan adat untuk meraikan usaha graduan yang telah bertungkus lumus dalam menghabiskan pengajian mereka di universiti. Selain daripada kita meraikan kegembiraan pada hari tersebut hendaklah para graduan menjaga adab mereka sepanjang majlis konvokesyen berlangsung. Bukanlah ilmu itu dengan banyaknya riwayat dan juga sijil, tetapi ilmu itu dapat dilihat dengan sifat adab dan takut kepada Allah Taala. Pada tahun ini, kesemua edisi Majalah Al-Hikmah sudah boleh dimuat turun dan diakses di laman sesawang rasmi Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM di https://fkp.usim.edu.my/al-hikmah-magazine/. Pada kesempatan ini, ucapan setinggi- tinggi penghormatan dan terima kasih kepada para pengkarya yang sudi mewarnai dan menyumbangkan karya yang menarik dalam majalah ini. Seterusnya ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan fakulti, Ketua Program, barisan pensyarah dan ahli jawatankuasa majalah Al-Hikmah yang banyak membantu dan menggembleng tenaga dalam menerbitkan majalah ini. Akhir sekali, jutaan terima kasih diucapkan kepada barisan sidang editor yang telah bertungkus-lumus menyempurnakan majalah ini daripada awal sehingga berjaya diterbitkan. Moga usaha ini diberkati, diredai Allah SWT dan menjadi antara saham kebaikan di akhirat kelak. Wassolatu wassalam ala Rasulillah, wa ala aalihi wa sahbihi wa man waalah, walhamdulillahi Rabbil ‘alamin. Wassalamu alaikum warahmatullah. Sehubungan dengan itu, kami di pihak sidang editor Majalah Al-Hikmah mengajak anda semua untuk berkarya dan menjadi sebahagian daripada penyumbang hasil penulisan dalam majalah ini. Anda boleh menghantar karya anda ke alamat e-mel Majalah al- Hikmah iaitu alhikmah.perwadah@gmail.com . Diingatkan juga bahawa penulis bertanggungjawab terhadap penulisan masing-masing dan tidak semestinya penulisan di dalam majalah ini mewakili pandangan pihak Fakulti Kepimpinan & Pengurusan, mahupun Universiti Sains Islam Malaysia. MAJALAH HIKMAH | 02

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=