Majalah Al-Hikmah 14 | 2024

ه ا َ ط ُ س ا َ أ و َ ر ِ م و ُ ل ر اأ ُ ي ْ خ َ Gagasan Wasatiyyah MAJALAH HIKMAH | 28 -ada menyebut terma ummatan wasatan sebagai saksi kepada seluruh umat. Ini menunjukkan bahawa kita sebagai umat nabi Muhammad merupakan umat pertengahan, yang sentiasa kembali kepada ajaran Islam berlandaskan akidah Ahl Sunnah Wal Jamaah. Segala perkara yang kita lakukan dalam rukun islam, seperti solat, puasa, zakat, dan haji adalah berteraskan elemen Wasatiyyah. Bagaimanakah cara mengaplikasikannya? Dengan melakukan amal ibadat secara sederhana, mengimbangi antara duniawi dan ukhrawi, sebagai contoh penulis ambil di sini adalah puasa. Puasa tidak perlu untuk dilakukan sepanjang tahun, sedangkan nabi Muhammad SAW pun tidak puasa berterusan, dan digariskan panduan untuk melakukan puasa sunat seperti puasa Isnin dan Khamis setiap minggu, puasa hari putih, puasa enam semasa hari raya Aidul Fitri dan sebagainya. Berkaitan dengan solat pun sama, tidak perlu dilakukan rutin solat itu sehingga menjejaskan kesihatan sendiri, terabai makan minum dan waktu tidur. Islam tidak mengajarkan kita untuk berlaku zalim terhadap diri sendiri, malahan Islam mengajar kita untuk sentiasa dalam golongan ‘terlampau ketat’ ataupun ‘terlampau longgar’. Nilai Wasatiyyah ini sedia maklum telah diketengahkan sejak Zaman Rasulullah lagi, dengan kita tidak melampau dalam menafsiri sesuatu perkara, dan juga dalam melakukan sesuatu perkara sehingga jatuh ke dalam dua golongan ini. Rasulullah SAW pernah menyebut di dalam hadis: Yang bermaksud: Sebaik-baik perkara adalah yang pertengahan mengamalkan kesederhanaan dalam beribadah. Sebab itu kita lihat yang wajib hanya melaksanakan solat lima waktu, dan solat-solat sunat yang lain itu bergantung pada kemampuan diri kita sendiri, asalkan tidak sampai merosakkan kesihatan diri sendiri. Berimbang dengan menjadi muslim yang sihat pada jasmani, dan cerdas dari sudut rohani. Rentetan daripada menghayati dan memaknai nilai Wasatiyyah, perlu untuk kita fahami bahawa berada dalam kondisi Wasatiyyah ini bukan sahaja terpakai dalam aspek ibadah, malahan ianya diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Pertama sekali untuk kita perlu kenal bahawa nilai Wassatiyyah ini juga diambil daripada surah Al-Baqarah ayat 143 yang- Islam telah mengajarkan kita untuk sentiasa kembali kepada landasan yang benar, iaitu dengan merujuk kepada Al- Quran, As-sunnah dan ijma’ Ulama. Selari dengan itu, kehidupan kita juga perlu berpaksikan kepada nilai Wasatiyyah . Apakah yang dimaksudkan dengan Wasatiyyah? Wasatiyyah itu merujuk kepada Jalan hidup yang fleksible, berada pada posisi pertengahan dan sentiasa menjaga dirinya daripada terjerumus ke

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=