Majalah Al-Hikmah 14 | 2024

NUR HAZIQ IRFAN BIN NOR HISHAM Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Akidah dan Agama Oleh: PENGHAYATAN NILAI WASATIYYAH DALAM KALANGAN MAHASISWA UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Melihat kepada situasi masa kini, terlalu banyak kekejaman, peperangan, pertumpahan darah, gugurnya nyawa yang tidak bersalah semakin meningkat pada masa kini. Lihatlah perbuatan Zionis yang sungguh kejam membunuh nyawa rakyat Palestin yang tidak bersalah, dengan tanpa rasa bersalah. Adapun perbuatan kejam mereka ini berterusan sehingga meranapkan sebilangan infrastruktur di Lubnan yang telah meragut banyak nyawa. Ini kita dapat kita simpulkan sebagai perbuatan ekstremis, satu perbuatan golongan pelampau yang mana menurut mereka kekejaman itu adalah jalan kepada sebuah kejayaan. Tidakkah mereka sedar, bahawa anak-anak kecil dan keluarga yang hidup di bumi Palestin itu sama sahaja seperti rakyat mereka yang hidup di Israel? Tidak bersalah, tidak bersenjata, hidup seperti rakyat yang lain. Tergamak mereka melakukan perbuatan sekejam ini, dan hairannya negara Islam yang lain hanya diam membisu tanpa dapat menghulurkan bantuan dari sudut peperangan dan sebagainya. MAJALAH HIKMAH | 27 bebas dalam hidup mereka, sehingga tanpa rasa segan silu mengabaikan arahan Allah SWT, maka wujudlah pula golongan yang longgar. Kamal Hassan (2016) ada menyebut bahawa golongan longgar ini dapat dikategorikan sebagai liberal, di mana mereka mencapai hak asasi manusia dengan melakukan perkara yang menurut mereka itu benar. Golongan liberal ini mereka berpendapat bahawa apa sahaja yang mereka amalkan adalah benar, waima mereka boleh menyukai sesama sejenis, atau boleh seorang perempuan itu menjadi imam solat jemaah buat para lelaki dan sebagainya. Maka dengan itu, perkara yang kontradik dengan apa yang sepatutnya menjadi suatu perkara yang dibolehkan bagi mereka dalam usaha mencapai hak asasi manusia. Ini juga merupakan satu masalah dan cabaran kepada masyarakat kini. Ekstremis dan Liberal Ayuh kita lihat pula pada satu situasi yang lain, di mana pembawaan budaya kebebasan itu menjadi semakin teruk dengan asbab ingin meraih hak asasi manusia. Apabila manusia itu terlampau haziq0053@gmail.com

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=