Majalah Al-Hikmah 14 | 2024
MAJALAH HIKMAH | 26 Kepada aturanNya jua semua yang layu kembali. Begitu jua kembalilah kesedaran bahawa pengetahuan yang sebenar berkenaan hakikat pemaknaan Melayu ini akhirnya tidak mampu digapai golongan yang bernama manusia melainkan dengan hanya izin Pemilik Semesta. Sungguh jiwa me-layu ini bilhak lemah. Kemustahilan mutlak untuk mengetahui hakikat Melayu ini malah bukanlah sebuah dalīl untuk menzalimi keluasan mafhūm kelayuan Melayu yang hak. Wacana maha daif ini, berkat semangat warisan wasiat-wasiat leluhur agung, yang terserlah dengan kesantunan perlambangan, yang ditunjangi nasihat pesanan (dan bukannya perdebatan fakta- fakta ‘permukaan’), menyeru kepada penghidupan me-layu yang sejati, seruan untuk layu pada Yang Hakiki. Inilah seruan penghidupan bangsa layu, pengembalian kepada kekembalian untuk layu – Kembali menjadi Melayu – kerana semua yang layu menyembah itu adalah kekasih yang hak. Dia jua lebih tahu. Hakikat Melayu – Justeru di penghujung wacana ini, kita kelak berkesudahan dengan sebuah premis maha mustahak yakni – Melayu tanpa layu, dosa teragung bangsa me-layu. Melayu tanpa layu bahkan lebih jelik dari binatang. kerana binatang juga berkekalan bersama jati diri kebinatangannya. Kerana setiap yang wujud itu padanya tujuan, telos; hadaf kewujudan. Justeru, untuk hidup tanpa tujuan sungguh menyalahi hukum ʿ alam. Menafikan tujuan wujud tanpa kita sedari adalah penentangan terhadap Aturan Pengatur ʿ Alam.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=