Majalah Al-Hikmah 14 | 2024

MAJALAH HIKMAH | 25 Menyekat pemaknaan layu hanya mencerminkan kejahilan akibat kekeliruan pengetahuan dan kesedaran. Kalimat ‘layu’ menjadi mangsa eksploitasi oleh mereka yang miskin keikhlasan, yang tidak jujur dengan kebenaran ilmu, yang menzalimi gagasan murni. Ke ʿ adilan pada kalimat layu gagal ditunaskan, bangsa Melayu akhirnya miskin jati, dirompak. Mereka yang mengakui dengan kebenaran epistemik dan keadilan ʿ ilmu seyogianya jua mengakui akan kekayaan pemaknaan Melayu yang luas ini. Penghayatan kelayuan Melayu secara dangkal adalah hasil ‘sumbangan’ dari kegiatan zalim paradigma pandangan dunia yang pada intinya reduksionistik, yang hanya mengambil sebahagian sesuatu yang sesuai dengan projeksi kerangka fikiran tertentu dan meninggalkan sebahagian yang lain yang aneh dalam penilaian tertentu. Tidak hairan jika erti Melayu dilihat dengan pandangan yang picik kerana khazanah sejarah bangsa jua dilihat dengan pandangan yang buta. Lihatlah rupa layanan yang diberi oleh kelompok (yang memproklamirkan diri sebagai) pengkaji-pengkaji sejarah terhadap wasiat kesusasteraan warisan nusa. Gagasan ilhami dan buah fikiran murni leluhur habis difitnah, ditohmah, ditelanjang-bogelkan (laksana di penghakiman mahsyar), didakwa kononnya “menyalahi fakta”, dan kerana fakta-fakta baru yang mereka temui adalah ‘lebih meyakinkan’. Apalah jua yang mereka maksudkan sebagai ‘fakta’? Akibat tersalah membaca sastera warisan dengan sekehendak hati, muncullah tanggapan latar yang menganggap leluhur kita sebagai subjek penjajahan, yang miskin material dan mental. Ini tidak lain hanya gagasan mental warisan penjajah la ʿ nat buat pewaris Tanah Berkat ini. Mentaliti ini jualah yang tumbuh subur bersama kesedaran pewaris nusa, malangnya. Gagasan sempit seumpama ini jelasnya terhasil dari rangka fikir humanistik, yang telos-nya hanya dilandasi tujuan mutlak manusiawi, yang sunyi dari nilai ruh suci. Signifikasi kata Melayu dikurang kepentingannya kepada hanya tidak lebih daripada indikasi sebuah bangsa yang sekadar…ada, yang hanya berperan memenuhi ruang kewujudan fizikal dan mental. Esensi Melayu, telah dikosongkan daripada signifikasi pengertian rohani akibat fenomena pengosongan. Inilah yang dirujuk Sarjana Barat sebagai “ entzauberung ”. Istilah bangsa Melayu telah dikosongkan dari esensinya yang sebenar, dikosongkan dari jiwa yang me- layu. “ Malay-ness is disenchanted ”.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=