Majalah Al-Hikmah 14 | 2024
MAJALAH HIKMAH | 24 Tidak dinafikan, kata Melayu itu sememangnya mencadangkan sebuah penyifatan – lemah, dan dalam satu erti, keadaan melayukan diri terhadap sesuatu. Di sini jualah jurang pemisahnya. Layu yang hakiki bukanlah kelayuan terhadap segala yang melalui ketiadaan. Layu yang hakiki adalah kelayuan terhadap Yang Mengadakan Ketiadaan (yakni yang menjadikan sesuatu ada daripada tiada). Tanggapan bahawa me-layu itu lemah, sebahagiannya, bukanlah tanggapan yang salah. Namun pada sebahagiannya yang lain, tidak pantas untuk dipersetujui langsung. Yang diyakini, penolakan total terhadap pemaknaan Melayu sebagai layu dengan faham yang sempit merupakan jenayah agung terhadap bangsa Melayu.Menafikan kelayuan Melayu adalah usaha jahil untuk mensia-siakan darah dan keringat leluhur. Demikianlah pemahaman layu yang keji. Layu yang Keji – Tragis. Layu yang digambar bangsanya sendiri malah bertentangan dengan makna kelayuan yang lebih luas, kelayuan yang sejati; kelayuan pada Yang Abadi. Tegasnya, sebilangan besar bangsa Melayu telah kehilangan jatinya; layunya. Lenyap identiti, kebanyakan mereka malah berpuas hati dengan meminjam jati bangsa lain. Mereka menumpang nikmat khazanah damai suci ‘leluhur me-layu’ namun pada masa yang sama, menafikan kelayuan pada Empunya Segala Yang Layu. Inilah bangsa Melayu tanpa layu. Layu yang Terpuji – Perihal kelayuan ini, hakikatnya adalah anugerah yang hilang dari penghargaan bangsanya sendiri, tanpa ragu. Untuk menjadi layu adalah ujian dan peringatan yang berterusan buat bangsa layu ini. ‘Hilang’ layak kita gelarkan, kerana sebahagian kita dibutakan lantas tidak mampu mencerna, walau untuk menyedari, akan hakikat faham layu yang hilang ini. Erti kelayuan Melayu gagal diberi penghayatan yang sewajarnya demikian erti Melayu jauh dari dakapan minda pewaris layu. Ini mungkin sebahagian punca segelintir anak bangsa berasa kecewa dengan penamaan bangsa Melayu dengan “me- layu”, sampaikan wujud, bahkan, segelintir mereka yang menolak sekerasnya akan penamaan ini. Golongan yang lebih melampau pula memilih pendekatan yang lebih keterlaluan, yakni, ‘murtad’ dari Melayu. Menurut pembacaan mereka, bangsa Melayu adalah bangsa yang lemah dan gagal (akibat kelayuan yang mereka tanggapi). Pabila disebutkan Melayu sebagai ‘layu’, terkadang timbul ketidaksenangan jiwa golongan yang tertentu. Halnya kerana menurut mereka, hinggapan kalimat layu pada Melayu merujuk kepada pemaknaan me-layu dengan erti menunduk lemah, menyerah, pasif, kering dan kecut (dek layu), dan segala perkataan yang secara kolektif menggambarkan bangsa Melayu sebagai ‘lemah’ jika dibanding-bezakan dengan bangsa-bangsa yang lain, yang jauh lebih ‘megah’ dan ‘maju’. Kefahaman layu ini, secara tidak sedar telah ‘dimansuhkan’ dari mafhūm Melayu. Kesedaran bangsa me-layu, ruhnya, telah terpisah dari jasadnya. perbahasan etimologi kata Melayu bukanlah hasrat utama diskusi kita. Zahirnya, penisbahan kalimat layu pada Melayu itu jelas. Demikian, boleh diungkapkan bahawa Melayu, secara konsepnya, hampir mustahil untuk dicerakinkan dari konsep ‘layu’; kelayuan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=