Majalah Al-Hikmah 14 | 2024

Muhammad Fadzil Noor bin Mohd Rozany Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Akidah dan Agama Oleh: MERENUNG LAYUMELAYU Kata atau perkataan Melayu amnya merupakan satu indikasi kepada nama sebuah rumpun – bangsa Melayu. Inilah kenyataan yang tercetus pada gambaran minda, barangkali, apabila perkataan Melayu dituturkan. Jadi, ada apa dengan Melayu? Wajar dijelaskan dahulu bahawa wacana maha ringkas ini tiada perkaitan dengan bicara politikus tandus, dan sungguh ada sesuatu dengan ‘me-layu’, sesuatu yang cenderung ketinggalan dari cengkaman kesedaran ghalib kita”. Inilah umpamanya uslūb persoalan, yang boleh kita berpendapat sebagai – diambil remeh, dipandang ringan, things taken for granted (jika kita terjemah ke ‘bahasa penjajah’). Persoalan-persoalan maha penting lagi mustahak ini jarang sekali melewati akal bangsa Melayu belakangan ini. Sungguhpun demikian, wacana ini hanya membawa segenggam hasrat kecil MAJALAH HIKMAH | 23 Anda, pelawat murni wacana daif ini, jika anda berbangsa Melayu pernahkah anda tertanya – apakah yang dimaksudkan dengan Melayu? Pernahkah kita merenungi, walau sedetik seumur hayat, akan erti untuk hidup sebagai bangsa Melayu? Sepanjang bergelar bangsa Melayu, pernahkah kendati seimbas kesedaran kita, mengamati akan persoalan – sudahkah kita, sebagai bangsa Melayu, terjelas, terzahir, termanifestasi dengan ‘ke-Melayu-an’ bangsa kita? Sebelum kita melanjutkan lagi penerokaan kita di dalam (sebahagian) dimensi pemaknaaan Melayu (atau ke-Melayu-an) ini, maka menjadi satu keharusan mutlak untuk ditegaskan bahawa wacana ini sewajarnya ‘didatangi’ dengan ‘sentuhan’ halus minda, dan semangat eksploratif, kontemplatif – berbanding kecenderungan analitik faktual argumentatif yang cenderung rakus, ‘gersang’ – yang tidak layak lagi berhak ‘ditembusi’ jiwa-jiwa ‘subur’ nan suci. Mengapa Melayu Layu? – Secara permukaannya, perkataan Melayu seakan- akan (atau mungkin sebenarnya) mencadangkan perihal kelayuan, yakni menjadi layu, luruh, atau tunduk. Namun, halus kerdil yang layak diungkapkan dalam bentuk sebuah pertanyaan – Mengapa Melayu mesti me-layu? fdxlnrr@gmail.com

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=