Majalah Al-Hikmah 14 | 2024

MAJALAH HIKMAH | 20 Kos perubatan dan rawatan yang mahal menjadi ancaman kepada masyarakat. Demi menjaga kesihatan diri, pelbagai pendekatan pengurusan risiko kesihatan diperkenalkan. Hal ini adalah dengan memindahkan sedikit wang dengan menyertai plan takaful kesihatan. Plan pengurusan risiko kesihatan ini secara asasnya menyediakan dana bagi membiayai kos rawatan dan perubatan sehingga puluhan ribu ringgit. Hal ini akan memudahkan dan mempercepat rawatan pesakit. Masyarakat hari ini yang sentiasa terdedah kepada pelbagai penyakit kronik yang memerlukan kos rawatan yang besar akan lebih bersedia menghadapi musibah ini di kemudian hari. Inilah antara perkara positif yang perlu dititikberatkan dan dimasukkan dalam azam memandangkan perkara ini menyentuh secara langsung akan kehidupan seharian. Azam apabila dibuat, maka perlu memenuhi syarat-syaratnya agar tidak menjadi seperti “angan-angan Mat Jenin” . Melakukan azam untuk menghadapi kenaikan kos sara hidup secara positif akan memberi satu asas dan kekuatan kepada masyarakat. Pelbagai pendekatan boleh diambil seperti meringkaskan kehidupan, mengabaikan perbelanjaan remeh dan berbelanja berdasarkan keperluan bukan kehendak. Selain itu, seandainya status kehidupan yang lebih baik ingin diteruskan maka keazaman bagi menjadi pekerja lebih cemerlang dan usahawan yang berjaya harus ada dalam diri dan mesti diiringi dengan usaha yang lebih tekun. Oleh yang demikian, sentiasalah berdampingan dengan orang yang baik, dapatkan sokongan daripada rakan-rakan dan carilah suasana yang positif. Dari situ kekuatan akan mendatang. Ini kerana ujian sudah pasti hadir, kerana kehidupan ini penuh dengan ujian dan cabaran. Dengan kedatangan tahun baharu 2025, masyarakat akan menempuh pelbagai peningkatan harga barangan dan perkhidmatan. Hal ini termasuklah kenaikan kadar minyak petrol, cukai dan sebagainya. Secara tidak langsung bakal memberi impak kepada kenaikan harga ke atas barangan keperluan harian. Kenaikan kos sara hidup secara tidak langsung turut memberi impak kepada industri perkhidmatan kesihatan yang amat berkait rapat dalam kehidupan hari ini.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=