Majalah Al-Hikmah 14 | 2024
Dari Meja Ketua Editor Segala puji bagi Allah SWT. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, serta ke atas ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada semua pembaca Majalah Al-Hikmah edisi ke-14 tahun 2024. ء ِ ي ا َ ب ِ ن ْ األ ْ ف ِ ر َ ش ْ ا َ ى َ ع ل َ م ُ ل َ س ّ و ال َ ة ُ ص ال ّ و ال َ ن َ ي ْ م ِ ل َ ع ا َ ب ال ِّ ر َ ه ِ ل ّٰ د ل ُ م ْ ح َ ل ْ ا َ ، م ِ ي ْ ح ِ ر ّ ن ال ِ م َ ح ْ ر ّ ه ال ِ ل ّٰ م ال ِ س ْ ب ِ ن َ ي ْ ع ِ م َ ج ْ ا َ ه ِ ب ِ ح ْ ص َ و َ ه ِ ل ِ ا ٰ لى َ ع َ و َ د ٍ م ّ ح َ م ُ ن ا َ ل ٰ و ْ م َ و َ ا َ د ن ِ ي ِّ س َ ن َ ي ْ ل ِ س َ ر ْ م ُ ل ْ و ا َ Bersyukur kita ke hadrat Ilahi atas penerbitan Majalah Al-Hikmah edisi ke-14 yang menjadi wadah keilmuan dan kesenian daripada warga Program Pengajian Akidah dan Agama. Penghasilan Majalah Al-Hikmah pada edisi kali ini mengumpulkan karya-karya yang telah dihasilkan oleh para pensyarah, pelajar dan juga penyumbang-penyumbang yang bukan daripada warga pengajian akidah sendiri. Karya-karya yang telah disumbangkan ini terdiri daripada artikel ilmiah, cerpen, sajak, dan puisi. Tema yang diketengahkan pada edisi kali ini ialah 2024 Melabuhkan Tirai, Azam 2025 Mesti Digapai . Pada tahun 2024, kita melihat perkembangan teknologi yang semakin meningkat maju. Namun, kita juga melihat terdapat pelbagai kebaikan dan keburukan yang telah terhasil daripada perkembangan teknologi ini. Antara isu yang dihadapi dalam warga masyarakat kita hari ni ialah isu penggunaan AI ( artificial intelligence ) dalam kalangan pelajar dan penyelidik untuk mencari maklumat dan sumber rujukan. Selain itu, isu fitnah- memfitnah yang semakin menjadi-jadi dalam kalangan orang awam melalui platform media massa. Melihat kepada isu ini ianya sangat merunsingkan dan menjadi cabaran kepada generasi-generasi yang akan datang dalam bagaimana mereka berurusan dengan perkembangan teknologi-teknologi ini. Menggunakan teknologi untuk melebarkan kebaikan, bukannya memudahkan dan meluaskan kejahatan. Dari aspek geopolitik dunia, kita telah melihat pelbagai tindakan kejam Zionis laknatullah dan kerakusan yang tidak berperikemanusiaan dengan merampas tanah rakyat Palestin. Mereka juga melakukan genosid dengan membunuh warga Palestin tanpa mengira agama, umur dan jantina mereka. Baru-baru ini saya telah melihat di media massa, bagaimana Zionis laknatullah ini menjalankan aktiviti “Boat Cruise” dengan tujuan untuk memberikan gambaran sebenar kepada penduduk Israel bagaimana mereka melakukan pembunuhan beramai-ramai. Genosid yang mereka lakukan ini membuktikan bahawa mereka ini sangat-sangat tidak berperikemanusiaan, seolah-olah mereka hidup tanpa hati dan perasaan. Apakah ada sinar bahagia buat Palestin pada tahun 2025 nanti? MAJALAH HIKMAH | 01
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=