Majalah Al-Hikmah 14 | 2024

DR. MOHD AMMYRUL ASHRAF BIN SAIRAN Pensyarah Kanan, Unit Pengajian Islam dan Falsafah, Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, UUM Oleh: MEMBINA KEAZAMAN TAHUN BARU DENGAN KEINSAFAN Sempena kedatangan tahun baharu, kebanyakan masyarakat masing-masing memasang tekad mahu melakukan sesuatu yang positif. Setiap perkara yang dicita- citakan oleh manusia seeloknya dimulakan dengan satu azam ke arah itu. Hal ini bertepatan dengan saranan agama Islam yang menekankan setiap perbuatan dimulakan dengan niat. Secara tidak langsung azam memiliki fungsi yang sama seperti niat. Sungguhpun begitu, adakah azam yang kita tekadkan akan menjadi azam semata-mata atau berpotensi membuahkan hasil? mengharap semata-mata tanpa berusaha bak kata pepatah Melayu, “Ibarat menunggu bulan jatuh ke riba”. Walhal, tawakal membawa makna seseorang yang berazam ingin melakukan sesuatu, maka hendaklah bertindak menggunakan pelbagai cara yang bersesuaian bagi mendapatkan perkara yang diidamkan. MAJALAH HIKMAH | 18 Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) edisi keempat, azam membawa maksud kemahuan, cita-cita yang begitu kuat. Dalam Islam, azam merupakan perkara yang digalakkan. Dalam surah Ali-Imran ayat 159 Allah SWT menyatakan; ن َ ل ي ِ ك ّ و َ ت َ م ُ ب ال ّ ح ِ ي ُ ا ن ل ّ إ ِ ل ا َ ع َ ل ْ ك ّ و َ ت َ ف َ ت َ م ْ ز َ ع َ ذ ا َ إ ِ ف َ Maksudnya: Kemudian apabila kamu telah membulatkan azam, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya. Ayat ini jelas menunjukkan bahawa mereka yang berazam hendaklah bertawakal. Azam tanpa tawakal tiada tempat di sisi agama. Di sisi Islam, tawakal bukanlah ammyrul@uum.edu.my Hal ini tidak menjadi suatu kesalahan apabila tradisi dan budaya menyambut tahun baru ini diselarikan dengan kehendak dan tuntutan syarak. Apabila ditanya berkenaan azam, masing-masing akan menyatakan azam dan cita-cita mereka dengan pelbagai bunyi dan nada. Namun, jarang sekali ada individu yang menyuarakan cita-citanya untuk menjadi hamba Allah yang bertakwa, lebih pemurah, patuh kepada perintah dan

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=