Majalah Al-Hikmah 14 | 2024
Belasungkawa dan Takziah Pihak sidang editor Majalah al-Hikmah merakamkan ucapan takziah dan rasa dukacita yang mendalam atas pemergian Allahyarham En. Muin Bin Yahya . Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar, bukan sahaja kepada keluarga tercinta tetapi juga kepada komuniti yang selama ini mendapat manfaat daripada sumbangan beliau. Allahyarham merupakan antara individu penting yang telah banyak berjasa dalam penubuhan AGENT ( Akidah Global and Outreach Centre ) , selain menjadi tulang belakang kepada pelbagai program yang memupuk kesedaran akidah dan dakwah sepanjang hayat beliau. Dedikasi, keikhlasan, dan usaha gigih beliau akan terus menjadi inspirasi kepada kita semua. Kami mendoakan semoga Allah SWT mengampuni dosa-dosa Allahyarham, mencucuri rahmat ke atas roh beliau, serta menempatkan beliau di kalangan para solihin. Semoga keluarga yang ditinggalkan dikurniakan kekuatan, ketabahan, dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini. Sesungguhnya, jasa dan sumbangan Allahyarham akan tetap dikenang dan menjadi amal jariah yang berkekalan. Al-Fatihah. MAJALAH HIKMAH | 17
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=