MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 13-2024
Pada kesempatan ini, ucapan setinggi-tinggi penghormatan dan terima kasih kepada pengkarya yang sudi mewarnai dan menyumbangkan karya yang menarik dalam majalah ini. Seterusnya, ribuan terima kasih diucapkan kepada ketua program dan barisan pensyarah yang banyak membantu memantau proses gerak kerja Majalah Al-Hikmah edisi ke-13 ini. Sehubungan dengan itu, kami di pihak sidang editor Majalah Al-Hikmah mengajak anda semua untuk berkarya dan menjadi sebahagian daripada penyumbang hasil penulisan di Majalah Al-Hikmah. Anda boleh menghantar karya-karya anda ke alamat e-mel Majalah Al-Hikmah iaitu alhikmah.perwadah@gmail.com. Diingatkan juga bahawa penulis bertanggungjawab terhadap penulisan masing- masing dan tidak semestinya penulisan di dalam Majalah ini mewakili pihak Fakulti Kepimpinan & Pengurusan mahupun Universiti Sains Islam Malaysia. Akhir sekali, jutaan terima kasih diucapkan kepada barisan sidang editor yang telah bertungkus-lumus menyempurnakan dan menyiapkan wadah yang cukup bermakna ini daripada awal sehinggalah ia berjaya diterbitkan. Moga usaha ini diberkati dan diredhai Allah dan menjadi antara saham kebaikan di akhirat kelak. When you change the way you look at things, the things you look at change. Selamat Membaca!!!!! DARIMEJAKETUAEDITOR Dengan kalam Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum dan Salam sejahtera, bersyukur kita ke hadrat Allah yang Maha Bijaksana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat sekali lagi kita saksikan sebuah penerbitan majalah yang menjadi wacana keilmuan dan lidah utama bagi warga Pengajian Akidah & Agama iaitu Majalah Al-Hikmah edisi ke-13. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, Rasul akhir zaman yang membawa rahmat kepada sekalian alam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat serta orang-orang yang mengikut jejak langkahnya sehingga hari akhirat. Penghasilan majalah ini mengumpulkan karya para pensyarah dan pelajar Pengajian Akidah & Agama yang berbentuk artikel ilmiah dan separa ilmiah. Majalah ini turut menjadi pentas bagi para pensyarah serta pelajar untuk berkarya secara penulisan akademik atau bukan akademik. Tujuan penulisan majalah ini juga tidak lain dan tidak bukan untuk mencungkil dan menyerlahkan bakat penulisan dalam kalangan pelajar yang sememangnya sudah terpendam lama. Tema Majalah Al-Hikmah edisi ke – 13 ini dibawakan khas dengan tema nasionalisme selari dengan tema kemerdekaan yang ke-67. Di samping itu, tidak lupa juga kepada wacana asal majalah ini. Setiap artikel dibahagikan kepada beberapa kolum seperti kolum pengenalan AJK, mari kenali pensyarah dan alumni, kolum artikel dari pelajar dan pensyarah dan laporan aktiviti perwadah dan Agent. KETUA EDITOR MOHD AN’AM AQIL BIN MOHD NASIR 4
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=