MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 13-2024
KELAS TALAQQI MINGGUAN Pada setiap minggu di Akidah Global Outreach Centre kami telah melaksanakan beberapa kelas talaqqi yang dipimpin oleh pensyarah program akidah itu sendiri, dan program ini dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Seperti pada setiap hari isnin kelas talaqqi kita akan di pimpin oleh Dr. Mohammed Amin Ali yang akan membacakan kitab akidah iaitu Kitab AL- Iqtisad Fi Al-I'tiqad karangan Imam Al-Ghazali secara bersemuka di bilik Agent dan juga secara atas talian (online). LAPORAN AKTIVITI AKIDAH GLOBAL OUTREACH CENTRE (AGENT) Kemudian, pada setiap hari selasa kelas kita diteruskan lagi dengan Kitab Tanwir Al-Qulub (kitab Tasawuf) karangan Syeikh Muhammad Amin Al-kurdi yang akan disampaikan oleh Prof.Madya Dr. Ahmad Najaa’ Mokhtar secara atas talian (online). Bukan itu sahaja, Pada setiap hari jumaat petang juga kami telah menyediakan sebuah perkongsian yang amat menarik yang akan disampaikan oleh Dr. Wan Mohd Fazrul Azdi melalui pembacaan Kitab Milal Wa Al-Nihal (kitab Perbandingan Agama) karangan Imam Muhammad Al- Shahrastani secara atas talian (online). 41
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=