MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 13-2024
LAPORAN AKTIVITI PERSATUAN MAHASISWA PENGAJIAN AKIDAH DAN AGAMA untuk mengejar kecemerlangan akademik. Dengan menyediakan platform untuk perbincangan interaktif antara dekan dan pelajar, program ini membolehkan pelajar mengajukan soalan dan mendapatkan panduan berharga mengenai pengajian dan pencapaian akademik mereka. Program ini mendapat sambutan yang baik untuk memberikan pendedahan yang berguna serta membina hubungan yang lebih erat antara penerima anugerah dan pelajar. Keseluruhan acara berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektifnya dalam memotivasi dan membimbing mahasiswa. BUBUR LAMBUK PERWADAH Pada 24 Mac 2024, bersempena dengan bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Persatuan Mahasiswa Pengajian Akidah dan Agama (PERWADAH) telah menganjurkan program "Ihya Ramadan: Agihan Bubur Lambuk". Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar dan penduduk Surau Melati, serta menyediakan platform bagi pelajar untuk mengasah bakat dan kemahiran dalam kerjasama komuniti. Melalui aktiviti ini, pelajar diberikan peluang untuk terlibat dalam kerja-kerja komuniti dan berinteraksi dengan penduduk setempat dalam suasana yang mesra dan harmoni. Selain itu, program ini juga menyediakan ruang bagi pelajar untuk menunjukkan keprihatinan mereka terhadap masyarakat melalui agihan bubur lambuk yang merupakan tradisi Ramadan yang penuh makna. Program ini mendapat sambutan yang baik dan berjaya mencapai objektifnya dalam mempereratkan hubungan sosial serta membina semangat kerjasama di kalangan peserta. Kejayaan acara ini membuktikan bahawa penglibatan dalam aktiviti komuniti adalah cara yang berkesan untuk memperkukuh ikatan sosial dan membangunkan kemahiran individu. A MISSION TO COMPLETE X IDDIN RAMLI Pada 27 Mac 2024, sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Persatuan Mahasiswa Komunikasi (TRANSCOMM) dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Pengajian Akidah dan Agama (PERWADAH) telah menganjurkan program "Ramadan Kareem: Mission to Complete x Iddin Ramli". Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar memanfaatkan masa lapang mereka dengan mendalami pencarahan agama yang bermanfaat sepanjang bulan puasa. Dalam program ini, pelajar berpeluang mendengar ceramah yang disampaikan oleh penceramah berpengalaman, yang bukan sahaja meningkatkan kefahaman dan amalan agama mereka tetapi juga 39
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=