MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 13-2024

PER WADAH LAPORAN AKTIVITI PERSATUAN MAHASISWA PENGAJIAN AKIDAH DAN AGAMA SESI 2023/ 2024 "Memperkenalkan barisan kepimpinan PERWADAH sesi 2023/2024, sekumpulan individu berkaliber tinggi yang bersatu hati membawa visi dan misi organisasi ke tahap lebih gemilang. Dengan semangat yang berkobar dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi, mereka sedia memacu perubahan, mencorak masa depan, dan memberi khidmat terbaik kepada komuniti. Bersama-sama, kita melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan dan inspirasi!" PERWADAH GOT TALENT Pada 6 Januari 2024, Persatuan Mahasiswa Pengajian Akidah dan Agama (PERWADAH) telah menganjurkan program Perwadah Got Talent dengan jayanya. Program ini diadakan dengan tujuan untuk mengetengahkan bakat terpendam dalam kalangan ahli PERWADAH dari Tahun 1 hingga Tahun 4, di samping mengeratkan hubungan silaturahim melalui aktiviti hiburan yang bermanfaat. Dengan penyertaan yang menggalakkan, pelbagai persembahan menarik seperti nyanyian, persembahan gitar dan tilawah Al-Quran dipersembahkan oleh ahli-ahli yang 37

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=