MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 13-2024

Maksudnya: Tiap-tiap nas yang memberi kesamaran menyamakan Allah Taala dengan makhluk, hendaklah engkau takwilkannya, atau engkau serahkan maknanya (tanpa apa tafsiran), serta menyucikan-Nya. Kesimpulannya, manhaj Ahli Sunah Waljamaah dalam memahami ayat-ayat mutashābihāt adalah mentakwilkan iaitu dengan menukarkannya daripada makna zahir yang mustahil atas Allah Taala kepada makna yang boleh diterima pada syarak serta akal. Adapun pendekatan ulama salaf adalah mentakwil ayat-ayat mutashābihāt secara ijmāl ( umum ) dengan menyerahkan maknanya kepada Allah Taala ( tafsiruhu qira ’ atuhu ). Manakala ulama khalaf pula, mentakwil ayat-ayat mutashābihāt secara taf ṣ īl dengan memberikan makna bagi lafaz-lafaz yang mutashābihāt berdasarkan dalil atau bukti yang dapat didatangkan bersama dengan maksud kalimah atau ayat. 36

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=