MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 13-2024

mentakwilkan iaitu dengan menukarkannya daripada makna zahir yang mustahil atas Allah Taala kepada makna yang boleh diterima. Adapun pendekatan ulama salaf adalah mentakwil ayat-ayat mutashābihāt secara ijmāl (ringkas) dengan menyerahkan maknanya kepada Allah Taala. Manakala ulama khalaf pula, mentakwil ayat-ayat mutashābihāt secara taf ṣ īl dengan memberikan makna bagi lafaz- lafaz yang mutashābihāt berdasarkan dalil atau bukti yang dapat didatangkan bersama dengan maksud kalimah atau ayat. Oleh itu, boleh disimpulkan manhaj Ahli Sunah Waljamaah dalam memahami ayat dan hadis mutashābihāt adal ah umumnya terdiri daripada dua, iaitu pertama, manhaj salaf ( ta’wīl ijmālī dan tafwī ḍ ), dan kedua, manhaj khalaf ( ta’wīl ijmālī dan ta’wīl taf ṣ īlī ). Berbeza dengan manhaj mazhab yang salah, mereka tidak menafikan sebarang makna yang zahir dalam nas- nas mutashābihāt terlebih dahulu, hanya melakukan tafwī ḍ sahaja pada peringkat kedua. Manhaj Peringkat 1 Peringkat 2 Hasil Salah Tidak tanzīh iaitu tidak menafikan sebarang makna yang zahir dalam nas-nas mutashābihāt ke atas zat, sifat dan perbuatan Allah Taala tafwī ḍ (menyerahkan kepada Allah Taala makna dan hakikat maksud nas-nas mutashābihāt ) Nyatalah kesalahan manhaj ini kerana telah memperincikan makna nas terlebih dahulu, kemudiannya barulah diserahkan ( tafwī ḍ ) kepada Allah Taala. Salaf ta’wīl ijmālī (menafikan sebarang makna yang zahir dalam nas-nas mutashābihāt ke atas zat, sifat dan perbuatan Allah Taala) tafwī ḍ (menyerahkan kepada Allah Taala makna dan hakikat maksud nas-nas mutashābihāt ) Menyucikan Allah Taala daripada sebarang sifat makhluk dan yang tidak layak bagi-Nya. Khalaf ta’wīl ijmālī (menafikan sebarang makna yang zahir dalam nas-nas mutashābihāt ke atas zat, sifat dan perbuatan Allah Taala) ta’wīl taf ṣ īlī (memilih makna dan hakikat yang sesuai pada nas-nas mutashābihāt berdasarkan dalil- dalil tertentu serta tidak meletakkan keyakinan mutlak kepada pemilihan makna yang dibuat) Menyucikan Allah Taala daripada sebarang sifat makhluk dan yang tidak layak bagi-Nya. Jadual: Huraian Manhaj Salah, Salaf dan Khalaf Dalam Memahami Nas-Nas Mutashābihāt Untuk mengenali zat, sifat dan perbuatan Allah Taala, seseorang itu wajib merujuk kepada sumber rujukan naqli dan aqli yang menghuraikan pelbagai maklumat berkenaan hal ini seperti yang digagaskan dalam epistemologi akidah Islam. Para ulama Ahli Sunah Waljamaah telah menetapkan sifat Mukhālafatuhu Li al - Ḥ awādith (Bersalahan Allah Taala dengan benda-benda baharu) pada zat- Nya, sifat-Nya dan perbuatan-Nya sebagai salah satu daripada sifat wajib bagi Allah Taala. Imam Ibrahim al-Laqqani (m. 1041H / 1631M) telah mengajarkan kita menerusi matan Jawharah al-Tawhid seperti berikut: وَكُل نَصّ أَوْهَمَ التشْبِيْهَا # أَولْهُ أَوْ فَوضْ وَرُمْ ت َِِِْي ْهَا 35

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=