MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 13-2024
Menurut Ayah Dir Sekam (1937-1991) menerusi Risalah Manhaj Ahli al-Sunnah (t.th ): “Oleh kerana al -Quran diturunkan dalam bahasa Arab, maka Allah Taala meraikan gaya bahasa orang Arab itu sendiri sama ada daripada lenggok percakapan mahupun pertuturan mereka. Dalam bahasa Arab, gaya bahasanya tidak bersifat jelas semata- mata, bahkan adakala berunsur perumpamaan, kiasan, isyarat, dan lain-lain. Jika ianya diturunkan secara mu ḥ kamāt sahaja, nescaya mereka akan mempertikaikannya dan menyatakan bahawa al-Quran ini tidak meraikan keindahan dan keelokan bahasa mereka. Disebabkan ianya diturunkan dengan meraikan gaya bahasa mereka, maka Allah Taala telah menurunkan al-Quran dengan ayat mu ḥ kamāt dan mutashābihāt supaya melemahkan mereka untuk menirunya disebabkan ketinggian bahasa al-Quran itu melebihi ketinggian bahasa mereka. Jawapan sebegini adalah seperti yang disebutkan oleh para ulama tafsir”. Untuk mengenali zat, sifat dan perbuatan Allah Taala, berdasarkan manhaj Ahli Sunnah Waljamaah, seseorang itu wajib merujuk kepada sumber rujukan naqli seperti al-Quran dan al-Hadith yang menghuraikan pelbagai maklumat berkenaan hal ini. Dalam firman Allah Taala dalam surah Al-Shura 42: ayat 11, yang berstatus mu ḥ kamāt bukannya mutashābihāt , Allah Taala menegaskan: ُلَيْسَ كَمِثْلِهِ شََْءٌ وَهُوَ السمِيعُ الْبَصِي Maksudnya: Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan (zat-Nya, sifat-Nya dan pentadbiran-Nya). Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Berpandukan pedoman dalam ayat mu ḥ kamāt sebelum ini, dalam mengenali zat, sifat dan perbuatan Allah Taala, sewajibnyalah seseorang Muslim itu berhati-hati daripada terjatuh ke dalam kancah tajsim (menjisimkan), tashbih (menyerupakan) dan ta’til (menafikan sifat) ke atas Allah Taala. Sewajibnya dihindari daripada mentafsirkan atau menterjemahkan mana-mana dalil naqli kepada makna zahir ayat-ayat mutashābihāt seperti istawa sebagai duduk, yad sebagai tangan, ʿ ayn sebagai mata, wajh sebagai muka, dan sebagainya. Ulama menyatakan: ِأَن مِنْ أُصُوْلِ الكُفْرِ الَْخْذَ بِظَوَاهِرِ الكِتَابِ وَالسُنة Maksudnya: Sesungguhnya antara sebab kekufuran itu ialah berpegang dengan zahir al-Quran dan Sunnah (membelakangi maksud nas yang sebenarnya). Ayah Dir Sekam menjelaskan bahawa manhaj Ahli Sunah Waljamaah dalam memahami ayat-ayat mutashābihāt adalah 34
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=