MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 13-2024
MANHAJ AHLI SUNNAH WALJAMAAH DALAM MENGENALI ZAT, SIFAT DAN PERBUATAN ALLAH SUBHANAHU WA TAALA Oleh: Dr. Wan Mohd Fazrul Azdi bin Wan Razali Pensyarah, Program Pengajian Akidah dan Agama, USIM Mutakhir ini, pelbagai perbahasan mengenai akidah Islam ditimbulkan kembali. Kedudukan mazhab al- Asha’irah dan al -Maturidiyyah sebagai pendukung Ahli Sunnah Waljamaah dipersoalkan oleh pelbagai segmen masyarakat. Ketokohan para ulama dalam mazhab al- Asha’i rah dan al-Maturidiyyah serta karya tulisan mereka juga dinilai secara negatif. Seolah-olah merendah-rendahkan jasa dan sumbangan para ulama ini dalam mendidik umat selama ribuan tahun. Persoalan berkenaan hakikat zat, sifat dan perbuatan Allah Taala turut menjadi bahan gurauan dan topik perdebatan oleh pelbagai kumpulan masyarakat Islam yang ada di Malaysia. Kefahaman mengenai konsep takwil dan tafwid bagi nas-nas mutashabihat berkenaan sifat dan perbuatan Allah Taala turut diheret dalam topik perdebatan ini. Sedangkan Allah Taala telah mendidik kita semua secara tuntas berkenaan hal ini dalam Surah Ali Imran 3: ayat 7 seperti berikut: هُوَ ٱلّذِىٓ أَنزَلَ عَلَيْكَ ٱلْكِتَـٰبَ مِنْهُ ءَايَـٰتٌٌ محْكَمَـٰتٌ هُن أُم ٱلْكِتَـٰبِ وَأُخَرُ مُتَشَـٰبِهَـٰتٌٌ فَأَما ٱلّذِينَ فِِ قُلُوب ِهِمْ زَي ْغٌٌ فَيَتبِعُونَ مَا تَشَـٰبَهَ مِنْهُ ٱبْتِغَآءَ ٱلْفِتْنَةِ وَٱبْتِغَآءَ تَأْوِي لِهِ ۦۗ وَمَا ٌ منْ عِندِ رَبنَا ۗ يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُۥٓ إِلَّ ٱللَُّّ ۗ وَٱلرٰسِخُونَ فِِ ٱلْعِلْمِ يَقُولُونَ ءَامَنا بِهِۦكُل وَمَا يَذكّرُ إِلَّٓ أُو۟لُوا۟ ٱلَْْلْبَـٰبِ Maksudnya: Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al- Quran itu ialah ayat-ayat "muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbullah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran. 33
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=