MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 13-2024
Disebabkan perselisihan ini, sebilangan pengikut Imam Ahmad bin Hanbal mendakwa bahawa Ibn Kullab adalah ahli bidaah Muktazilah. Hakikatnya, kebenaran dalam persoalan ini lebih memihak kepada Ibn Kullab dan para ulama lain, namun tindakan Imam Ahmad bin Hanbal dilihat sebagai langkah pencegahan awal terhadap isu kemakhlukan al-Quran yang menjadi persoalan hangat pada ketika itu. Seterusnya, kitab al-Ibanah ‘an Usul al-Diyanah adalah kitab terawal Imam al-Ash’ari dan ini dipersetujui ramai ulama Ahlu Sunnah wa al-Jamaah. Kandungan kitab tersebut adalah mengikut pegangan Imam Ahmad bin Hanbal dan juga Ibn Kullab di mana beliau menggunakan metode takwil dan tafwid dalam penulisannya. Perkara ini masih bertepatan dengan pendirian ulama salaf seperti Imam Ahmad bin Hanbal yang mana beliau pernah mentakwil beberapa nas mutashabihat seperti lafaz ja’a yang ditakwilkan sebagai datang pahala dari Tuhan. Menurut al- Kawthari, selain bagi menjelaskan pegangan yang menjadi ikutan beliau, tujuan Imam al-Ash’ari menulis kitab tersebut adalah untuk memberi kesedaran kepada sebahagian pengikut Imam Ahmad bin Hanbal seperti al-Barbahari yang telah terjerumus dalam masalah mujassimah atau mushabbihah . Kemudiannya mereka ini telah mengubah dan memalsukan isi kandungan al- Ibanah ‘an Usul al-Diyanah agar ianya sesuai dengan pegangan kumpulan mereka sehingga ke generasi hari ini. Berdasarkan penelitian di atas, jelaslah bahawa dakwaan Ibnu Taymiyyah yang menyatakan Imam al-Ash’ari melalui tiga peringkat pemikiran sebelum kembali menjadi Ahl al-Sunnah Wa al-Jamaah adalah kurang tepat. Dari segi metodologi pendalilan Imam Al-Ash’ari dalam akidah, pada awalnya beliau sangat menekankan pendekatan salaf dan tidak memberikan kebebasan kepada akal, sebagaimana pegangan Imam Ahmad bin Hanbal. Kemudian, Imam al-Ash’ari didapati bersikap lebih terbuka dengan memberikan sedikit peranan kepada akal dalam menghilangkan kejumudan pemikiran ketika berinteraksi dengan nas-nas al-Quran dan hadis. Penggunaan dalil ‘aqli menurut Imam al-Ash’ari bertujuan mengukuhkan dalil naqli berasaskan hujah mantik dan bukti-bukti alam semesta sehingga membawa kepada keimanan kepada Allah s.w.t. Imam al- Ash’ari turut berpendapat bahawa kesepaduan di antara dalil naqli dan dalil ‘aqli akan lebih memudahkan umat Islam memahami akidah dan menjadikan proses dakwah kepada masyarakat bukan Islam semakin bertambah meyakinkan. Ada pendapat mengatakan bahawa terdapat tiga faktor utama yang menyebabkan Imam al- Ash’ari menerima akal sebagai salah satu dalil dalam persoalan akidah iaitu: pertama, Imam al-Ash’ari mendapati Muktazilah dan aliran-aliran lain sering menggunakan dalil akal untuk mendatangkan keraguan dan menyebarkan akidah menyeleweng kepada umat Islam. Kedua, Imam al-Ash’ari dan ulama Asha’irah di antara kumpulan yang bersungguh-sungguh dalam mempertahankan dan menghadapi golongan bidaah serta ateis yang tidak menerima dalil naqli. Ketiga, Imam al-Ash’ari bangun menentang penyelewengan melampau Muktazilah setelah beliau kembali kepada Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah. Beliau terpaksa menggunakan semula pendekatan hujah akal Muktazilah, di samping mendatangkan dalil naqli sebagai 31
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=