MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 13-2024
Ash’ari telah melalui tiga peringkat pemikiran memandangkan beliau merupakan seorang ulama yang sangat masyhur untuk dijadikan tempat rujukan. Riwayat yang sampai kepada umat Islam hari ini adalah seperti tulisan Ibn al-‘Asakir yang dinukilkan daripada Abu Bakar Ibn Furak bahawa Imam al-Ash’ari hanya melalui dua peringkat pemikiran sahaja iaitu Muktazilah dan Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah. Pendapat ini disokong ramai oleh ulama’ Ahl al-Sunnah wa Al-Jamaah kecuali sebilangan ulama’ Asha’irah seperti al-Zabidi yang menyatakan bahawa Imam Al- Ash’ari melalui tiga peringkat iaitu pertama bersama Muktazilah dalam menafikan sifat khabariyyah, kedua berpegang dengan metode takwil khalaf dan terakhir berpegang dengan metode tafwid salaf. Tetapi perlu difahami bahawa ini bukan bermaksud kepada tiga peringkat sebagaimana yang didakwa oleh Ibnu Taymiyyah. Sebaliknya kenyataan tersebut tetap menunjukkan Imam al-Ash’ari hanya melalui dua peringkat pemikiran sahaja, cumanya ketika Imam al-Ash’ari bersama Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah, menurut al-Zabidi, beliau dikatakan berpegang kepada takwil Khalaf pada awalnya dan tafwid Salaf pada akhirnya. Adapun pandangan tentang beliau keluar Muktazilah ketika berumur 40 tahun perlu diteliti lagi kerana jika dirujuk kepada tarikh surat Imam al-Ash’ari kepada Ahl al-Thaghr iaitu pada tahun 297H, menunjukkan Imam al-Ash’ari pada ketika itu berumur 37 setelah dibandingkan dengan tahun kelahiran beliau 260H. Ini bermaksud Imam al-Ash’ari telah meninggalkan Muktazilah sebelum atau sekurang-kurangnya berumur 37 tahun lagi memandangkan karya tersebut bukan karya terawal beliau setelah meninggalkan Muktazilah. Kemudian persoalan tentang “Adakah Ibn Kullab ulama Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah?” telah dikemukakan jawapannya oleh Ibnu Khaldun dengan kenyataannya bahawa Ibnu Kullab merupakan salah seorang ulama Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah generasi Salaf. Ibn Kullab juga dinyatakan merupakan salah seorang ulama Ahl al- Sunnah wa al-Jamaah yang berusaha keras menentang aliran bidaah. Ramai ulama Ahl al- Sunnah wa al-Jamaah yang menyokong pendapat ini seperti Imam Ibnu ‘Asakir, al-Dhahabi, al-Subki dan lain-lain lagi yang menyebabkan Imam al- Bukhari mengambil pendapat Ibnu Kullab dalam kebanyakan perkara berkaitan dengan persoalan akidah. Namun ada juga yang mengatakan Ibnu Kullab telah menyimpang daripada Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah adalah disebabkan perselisihan yang berlaku di antara beliau dengan Imam Ahmad bin Hanbal berkenaan bacaan al-Quran seseorang manusia itu dianggap sebagai makhluk atau tidak. Ibn Kullab serta ulama lain seperti al-Karabisi, al- Muhasibi, al-Qalanisi, al-Bukhari, Muslim dan lain- lain menyatakan bahawa bacaan itu adalah makhluk, sedangkan Imam Ahmad bin Hanbal tetap menegaskan bacaan itu bukan makhluk. 30
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=