MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 13-2024
KEMBARA I LMU ALUMN I GENERAS I PERTAMA PROGRAM PENGAJ I AN AK I DAH DAN AGAMA yang mempunyai hubungan yang baik dengan kedua ibu bapanya lebih tenang dan fokus dalam pelajaran kerana mereka mendapat sokongan moral daripada kedua orang tuanya. Di samping itu, jangan sesekali kita lupa untuk bertanya khabar kepada kedua orang tua kita di kampung walaupun kita terlalu sibuk dengan pelbagai urusan di kampus. Kedua, menjaga adab dengan guru. Guru adalah individu yang bertanggungjawab untuk menyampaikan ilmu dan membimbing para pelajarnya. Dalam berinteraksi dengan guru, kita perlu menggunakan bahasa yang sopan dan hormat. Misalnya, bercakap dengan sopan dan mengemukakan pandangan dengan berhemah. Hal ini mempamerkan bahawa pelajar mempunyai rasa hormat terhadap guru. Oleh yang demikian, menghormati guru ibarat kita menghormati ilmu yang dimiliki oleh guru dan menghargai segala usaha para guru mendidik kita. Ketiga, kesabaran dan ketekunan. Dalam menuntut ilmu kita mesti akan berdepan dengan waktu yang sukar. Kadang- kadang kita mungkin rasa terbeban dengan tugasan yang banyak atau mengejar deadline (waktu akhir) yang perlu dipenuhi. Kesabaran adalah kunci utama yang boleh membantu kita untuk menghadapi masalah dengan tenang. Sifat sabar mendidik diri kita untuk merancang sesuatu perkara dengan lebih baik dan dapat berfikir secara rasional supaya kita dapat menguruskan emosi serta kekal fokus dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Selain itu, ketekunan dalam menuntut ilmu juga sangat penting. Ketekunan dalam menuntut ilmu menjadikan kita seorang yang tidak mudah berputus asa walaupun berdepan dengan cabaran yang besar. Selain itu, kebergantungan dengan Allah SWT juga sangat penting untuk memandu kehidupan kita. 27
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=