MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 13-2024
Boleh doktor ceritakan serba-sedikit tentang perkembangan diri Doktor buat masa sekarang? Boleh Doktor titipkan sedikit nasihat ataupun kata-kata semangat buat para pembaca kami ? KEMBARA I LMU ALUMN I GENERAS I PERTAMA PROGRAM PENGAJ I AN AK I DAH DAN AGAMA Alhamdulillah, buat masa sekarang saya bekerja sebagai freelancer (pekerja bebas). Ada tiga jenis kerja yang saya lakukan. Pertama, perkhidmatan proofreading artikel akademik dan format tesis; kedua, editor di sebuah rumah penerbitan; dan ketiga, mengajar al- Quran. Walaupun saya aktif dalam kerja-kerja bebas, saya berharap juga untuk mendapat pekerjaan tetap yang sesuai dengan kepakaran dan minat saya. Saya juga sedang mencari peluang untuk menyertai institusi akademik atau organisasi yang dapat memberikan kestabilan dan peluang perkembangan kerjaya jangka panjang. Sementara menunggu panggilan daripada mana-mana institusi, saya terus kembangkan kemahiran dan pengalaman yang saya ada dalam bidang penulisan dan penyelidikan serta terlibat dalam projek-projek yang dapat meningkatkan lagi profil dan pengalaman saya. Pertama, hormati ibu bapa. Menghormati ibu bapa adalah asas utama untuk menjadikan kehidupan kita sentiasa mendapatkan keberkatan dalam hidup. Tanpa keberkatan daripada kedua ibu bapa, ilmu yang diperoleh mungkin tidak dapat diamalkan dengan baik. Sebagai seorang pelajar, restu dan doa daripada keduanya sangat penting. Hal ini kerana restu dan doa dianggap sebagai kunci untuk mencapai kejayaan. Selain itu, menjaga hubungan yang baik dengan kedua ibu bapa adalah salah satu tanggungjawab yang terpenting bagi seorang pelajar. Kebiasaannya, pelajar 26
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=