MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 13-2024
Ketiga, cabaran penyelidikan. Di peringkat PhD, pelajar perlu menguruskan masa sendiri dengan baik kerana pelajar PhD bukan sahaja perlu menulis tesis sahaja, malah pelajar juga perlu menerbitkan beberapa artikel mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh Universiti. Selain itu, pelajar juga digalakkan untuk menghadiri seminar yang berkaitan dengan kajian yang dilakukan. Sejujurnya saya juga mengalami fasa turun dan naik semasa dalam tempoh pengajian di peringkat PhD ini. Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya mengalami fasa writing block. Writing block boleh berlaku apabila kita merasa sukar untuk mengutarakan idea dan mengemukakan pandangan dalam bentuk penulisan. Fasa ini sangat mencabar bagi saya apabila saya tidak boleh meneruskan penulisan saya. Masalah writing block akan melambatkan proses untuk menyiapkan tesis. Boleh doktor ceritakan serba sedikit tentang perancangan ataupun langkah- langkah awal yg doktor ambil sejurus selepas tamatnya pengajian tertinggi Doktor? KEMBARA I LMU ALUMN I GENERAS I PERTAMA PROGRAM PENGAJ I AN AK I DAH DAN AGAMA Sebelum saya menamatkan pengajian, saya ada beberapa perancangan yang ingin saya lakukan. Misalnya, mohon jawatan sebagai pensyarah di IPT dan pegawai penyelidik di pelbagai institusi. Namun, terdapat kekangan yang membataskan saya untuk meneruskan perancangan saya itu. Kita merancang, Allah SWT juga merancang dan sebaik- baik perancang. Selepas tiga minggu saya bergraduasi, ibu saya jatuh sakit. Saya ambil keputusan untuk menangguhkan perancangan saya sebelum ini kerana ibu saya tidak dapat menguruskan dirinya sendiri. Saya perlu menjaga ibu saya kerana adik beradik yang lain bekerja. Kami bergilir-gilir jaga selama 6 bulan. Namun, Allah SWT lebih menyayangi bonda kami. Pada 29/4/2024, Allah SWT menjemput bonda saya ke sisi-Nya. Semoga Allah SWT mengampuni dan merahmati kedua ibu bapa saya di alam sana, Amin. 25
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=