MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 13-2024
KEMBARA I LMU ALUMN I GENERAS I PERTAMA PROGRAM PENGAJ I AN AK I DAH DAN AGAMA Selain pengalaman dalam akademik, saya juga terlibat dalam aktiviti kokurikulum. Semasa tahun tiga saya dilantik oleh Jawatankuasa Kolej Kediaman (JAKSA) sebagai Ketua Biro Pembangunan Insaniah di Kolej Kediaman Acacia Avenue (KKAA). Melalui penglibatan tersebut, saya dapat mengembangkan kemahiran kepimpinan dengan menguruskan dan menyelaraskan program-program untuk pelajar KKAA sama ada program tersebut dilakukan dalam universiti atau pun melibatkan masyarakat luar. Pengalaman ini sangat berharga kerana saya dapat membina jaringan sosial melalui program-program yang diaturkan oleh setiap biro dalam JAKSA KKAA. Setiap pelajar ada ujian dan cabaran masing-masing dalam menuntut ilmu. Sepanjang tempoh pengajian saya, saya boleh simpulkan bahawa ada tiga cabaran. Pertama, kewangan. Di peringkat awal pengajian di peringkat doktor falsafah, saya tidak mendapat mana-mana tajaan untuk membiayai pengajian. Pada masa tu biasiswa MyBrain untuk pelajar postgraduate sudah dimansuhkan. Saya bekerja sebagai pembantu penyelidik di pusat pengajian saya. Setelah tamat kontrak, saya bekerja sebagai guru al- Quran. Namun begitu, saya terpaksa menangguhkan pengajian selama satu semester kerana tidak mempunyai kewangan yang kukuh untuk membayar yuran pengajian dan menyara diri di kampus. Alhamdulillah, semasa saya menangguhkan semester saya mendapat tawaran tajaan daripada MARA sehingga tamat pengajian. Cabaran kedua adalah ujian kesihatan. Semasa saya semester keempat, keluarga kami diuji dengan ujian kesihatan ibu saya. Ibu saya disahkan mempunyai penyakit Cyst Ovary. Setiap bulan ibu saya perlu bertemu dengan pakar kesihatan. Saya mengambil keputusan untuk menangguhkan pengajian untuk memberi tumpuan kepada kesihatan ibu saya. Saya menangguhkan pengajian selama dua semester untuk menjaga ibu saya sehingga sembuh. 24
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=