MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 13-2024

Sepanjang 4 tahun saya belajar di USIM, banyak pengalaman berharga yang saya peroleh. Antara pengalaman menarik semasa belajar di USIM adalah mengikuti lawatan ke markaz Tarekat Naqsyabandiyah Khalidiyah di Rawang, Selangor. Program ini diketuai oleh Prof Madya Dr Ahmad Najaa’ Bin Mokhtar selaku pensyarah dalam bidang tasawuf. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar untuk mengenali dengan lebih dekat Tarekat Naqsyabandiyah Khalidiyah yang ada di Malaysia. Sebagai seorang pelajar dalam bidang akidah dan agama, kami berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana amalan tasawuf yang dipraktikkan dalam kehidupan seharian oleh pengikut tarekat tersebut. Hal ini membantu para pelajar untuk menghubungkan antara maklumat yang dipelajari di dalam kelas berkenaan tarekat KEMBARA I LMU ALUMN I GENERAS I PERTAMA PROGRAM PENGAJ I AN AK I DAH DAN AGAMA Boleh doktor ceritakan serba sedikit tentang pengalaman belajar di USIM & cabaran menuntut ilmu sehingga peringkat doktor falsafah? dengan pengamalan sebenar oleh ahli tarekat secara praktikal di markaz Tarekat Naqsyabandiyah Khalidiyah di Rawang, Selangor. Semasa belajar di USIM, salah satu aspek yang memberi kesan adalah hubungan rapat dengan pensyarah. Pensyarah bukan hanya berperanan sebagai tenaga pengajar sahaja, namun sebagai mentor yang bersedia untuk membantu dalam menyelesaikan masalah para pelajar. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para pensyarah yang telah mendidik saya sepanjang 4 tahun di USIM. Tanpa bimbingan dan sokongan daripada para pensyarah, saya tidak dapat sampai ke tahap ini. Kesungguhan mereka dalam mengajar dan dedikasi mereka kepada pelajar telah memberikan impak yang mendalam terhadap perkembangan akademik dan peribadi saya. Terima kasih atas kebaikan dan tunjuk ajar daripada kalian. Semoga Allah SWT merahmati dan mengasihi para pensyarah yang tidak pernah jemu mendidik kami semua. Amin. 23

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=