MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 13-2024
Setelah saya habis pengajian di peringkat PHD, saya tidak memohon mana-mana institusi pengajian tinggi lagi tetapi pada ketika itu saya bekerja sebagai researcher assistance (Pembantu Kajian) kepada Dato’ Dr. Zahazan di Telaga Biru. Dimana saya membantu beliau dalam penulisan kitab- kitab tafsirnya dan seperti yang kita tahu Dato’ Dr. Zahazan ini terkenal dengan kuliah-kuliah tafsir dan sebagainya. Bukan sahaja selepas habis pengajian malah ketika saya menulis PHD juga saya telah membantu Dato’ Dr. Zahazan secara sambilan. Pada asalnya waktu itu beliau berhajat untuk menerbitkan buku tafsir kepada 114 surah tetapi pada waktu saya bekerja kami hanya dapat selesaikan dalam 5 surah sahaja. Kemudian setahun selepas saya habis PHD, saya mula berkhidmat di Universiti Islam Selangor sebagai pensyarah di sana. Langkah-langkah yang penting bagi saya ialah dengan kita memenuhi waktu kita itu dengan berkhidmat kepada orang lain. Dimana pada fasa itu kita dapat memberikan manfaat dan ilmu yang kita perolehi kepada orang lain. Ini boleh menjadi satu kepuasan dan menambahkan lagi keberkatan kepada ilmu yang kita ada walaupun sekecil-kecil perkara. Tawaran ini merupakan peluang bagi diri saya dan perkara ini hasil daripada nasihat guru saya iaitu Prof.Dr.Fauzi yang merupakan Ketua Jabatan ketika itu dimana beliau menasihati kami yang berkelayakan dan saya terpanggil untuk mencuba. Walaupun pada ketika itu saya masih lagi naif tetapi dengan tekad dan keberanian saya tetap mencuba dan melakukan penulisan saya dalam peringkat PHD. Istilahnya bila kita buat PHD di peringkat yang saya rasa agak mentah dari segi pemikiran, pengalaman dan sebagainya. Bagi saya dia seolah-olah kita masuk rumah selalunya orang akan menggunakan pintu tetapi kami yang mengikuti jalan pintas ini seolah-seolah masuk melalui tingkap. Jadi bila masuk melalui tingkap ini ia seperti langkah-langkah yang agak tergopoh-gopoh yang boleh menberikan kita risiko seperti terjatuh, berlakunya kecederaan, dan kita akan mengalami kesulitan yang lebih tinggi daripada mereka yang masuk melalui jalannya iaitu menggunakan pintu. Namun seperti yang saya cakapkan tadi, cabaran-cabaran ini sebenarnya memberikan saya kekuatan untuk mempertingkatkan kemahiran asas saya seperti mencari ilmu secara berdikari kerana situasi tidak sama seperti kita berada pada peringkat sarjana muda yang mana kita masuk ke kelas dan guru mengajar dan sebagainya tetapi pada ketika ini kita sendiri yang perlu mencari guru untuk mendapatkan ilmu dan nasihat yang perlu kita kuasai. Jadi inilah beberapa cabaran dan pengalaman saya yang sebenarnya banyak lagi tetapi antara cabaran yang paling saya ingat ialah apabila kita potong satu fasa perkara itu seolah-olah bayi yang baru nak belajar berjalan tetapi tidak merangkak. Jadi boleh bayanglah kesulitan yang perlu dihadapi. Namun perkara itu perlu ditempuhi dengan penuh kesabaran dan In sha Allah akan ada hasilnya nanti pada masa yang akan datang. Boleh Doktor ceritakan sedikit tentang perancangan ataupun langkah-langkah awal yang doktor ambil sejurus selepas tamatnya pengajian tertinggi doktor? Boleh Doktor ceritakan serba sedikit tentang perkembangan diri doktor buat masa sekarang? Alhamdulillah, pada ketika ini saya telah mula berkhidmat di USIM sejak bulan Februari tahun 2024, tetapi bagi saya masih ada banyak lagi kekurangan yang perlu saya perbaiki untuk masa kedepan. Yang pasti adalah buat masa sekarang saya dalam proses menyelasaikan dan melaksanakan satu projek penyelidikan iaitu berkaitan dengan Pemikiran teodisi dalam kalangan aetheis. Teodisi ini disebut sebagai keadilan tuhan dimana kita lihat golongan aetheis ini mereka tidak percaya kepada tuhan seperti kita tahu. Apabila saya melakukan penyelidikan ini saya melihat bahawa kebanyakkan mereka menyatakan bahawa mereka ini tidak percaya kepada tuhan kerana mereka berasa Tuhan ini tidak adil. Oleh itu, saya terpanggil untuk melakukan penyelidikan ini supaya saya dapat melihat dimana mereka mengatakan Tuhan itu tidak adil. Jadi itulah serba sedikit tentang perkembangan saya pada ketika ini. Boleh Doktor titipkan sedikit nasihat ataupun kata-kata semangat buat para pembaca kami? Alhamdulillah bersyukur kepada Allah S.W.T atas peluang yang diberikan. Jadi nasihat saya kepada semua mahasiswa/i yang masih dalam proses menuntut ilmu. Yang pertama, betulkan niat. Bilamana kita betulkan niat ini kita akan mengingati semula apa yang pernah kita niat sebelum ini. Hal ini sangat penting untuk kita mencari kenapa kita berada di USIM, kerana apa kita belajar ni, dan sebagainya. Jadi bila kita tahu niat kita maka mudah untuk susun pemikiran, emosi, dan fizikal kita ke arah itu. Tetapi jika niat kita kearah 20
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=