MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 13-2024
Hal ini sangat penting untuk kita mencari kenapa kita berada di USIM, kerana apa kita belajar ini, dan sebagainya. Jadi bila kita tahu niat kita maka mudah untuk susun pemikiran, emosi, dan fizikal kita ke arah itu MARI KENALI PENSYARAH: BERSAMA DR HANISAH BINTE SENIN MARI KENALI PENSYARAH DR. NURHANISAH BINTE SENIN PENSYARAH (DS51) 06-7988750 BIDANGKEPAKARAN: AQIDAH DAN PERBANDINGAN AGAMA nurhanisah.senin@usim.edu.my Nama saya Nur Hanisah Binte Senin. Berasal dari Singapura dan dilahirkan di sana. Saya mendapat pendidikan awal di Madrasah Alsagof Al-Arabiah, Jalan Sultan juga di Singapura dari darjah satu hinggalah ke peringkat sanawiyyah. Seterusnya saya menyambung pengajian di Kolej Islam Darul Ehsan yang sekarang di kenali sebagai Universiti Islam Selangor dalam peringkat Diploma dan kemudian saya menyambung pengajian di Universiti Malaya dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda sehinggalah PHD. Secara latar belakangnya sememangnya pendidikan awal saya di Singapura selama sepuluh tahun dan pada umur 17 tahun saya sudah mulakan pendidikan di peringkat tinggi di Malaysia kerana di Singapura pada ketika itu tidak mempunyai institusi pendidikan yang formal atau sepenuh masa dalam institusi agama. Kebiasaannya pelajar-pelajar setelah habis peringkat thanawi mereka akan menyambung pelajaran ke Mesir, Jordan, timur tengah dan juga Malaysia bagi bidang agama dan pada ketika itu saya memilih untuk menyambungkan pelajaran saya di Malaysia. Boleh Doktor ceritakan serba sedikit mengenai latar belakang Doktor? NURHANISAH BINTE SENIN NAMA : Boleh Doktor ceritkan serba sedikit tentang pengalaman & cabaran menuntut ilmu sehingga peringkat PHD? Pengalaman dan cabaran ni sangat banyak pertama sekali bila kita belajar ni kita sedang berjuang sebenarnya dengan nafsu kita dimana nafsu kita ini akan menggalakkan kita biasanya mendorong kepada sifat malas, sifat jahil, sifat riak rasa macam kita tahu semuanya sebagai contoh setiap kali kita nak baca buku kita akan rasa mengantuk dan itu merupakan cabaran yang paling asas saya kira, semua orang yang belajar harus berhadapan dengan nafsu dia dan bagaimana cara nak mujahadah. Seterusnya cabaran lain sudah tentu pertamanya diri sendiri, kedua persekitaran dan cabaran yang selalu dihadapi iaitu cabaran kewangan. Seperti saya ayah saya seorang sahaja yang bekerja sebagai pemandu syarikat, jadi dari segi kewangan itu sangatlah memberi kesan kepada saya, sebenarnya kebanyakkan orang berfikir orang yang tinggal di Singapura ni hidup mereka senang tetapi pada hakikatnya agak mencabar dan perlu kepada kerja keras dengan kos yang tinggi, ekonomi dan lain-lain lagi. Oleh itu, saya memilih Malaysia sebagai tempat untuk saya menyambungkan pengajian. Tetapi bagi saya cabaran inilah yang menjadi sumber kekuatan saya sehinggalah pada peringkat Sarjana Muda saya mendapat tawaran dalam sebuah program yang menawarkan kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda untuk terus menyambung pengajian ke peringkat PHD. 19
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=