MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 13-2024
jalinan kesinambungan di antara ilmuwan khalaf dan salaf. Meskipun ia tidak dikenali pada zaman salaf, kerangka yang membina takwil al-tafsili telah diasaskan pada zaman tersebut. Jika dibantah dengan mengatakan: tidakkah ilmuwan salaf disifatkan bersih hati dan pemikiran mereka daripada keraguan, kerana itu mereka hanya tafwid dan tidak mentakwil, maka apakah signifikasi takwil? Jawapannya, takwil adalah sebahagian daripada tafwid. Penyerahan makna kepada Allah SWT pada maksud tafwid tidak memberi mafhum melainkan dikembalikan penyerahan tersebut kepada al-Qur’an dan al-Sunnah. Kedua-duanya diikat oleh dalil akliah yang ijmak di atas paksi tanzih (mensucikan) dan taqdis (menguduskan) Allah SWT dari sudut zat, sifat dan perbuatanNya. Di sisi ilmuwan salaf mereka telah ijmak untuk diam tanpa menafikan makna manakala di sisi ilmuwan khalaf mereka telah ijmak untuk takwil, juga tanpa menafikan makna. Perbezaan di antara dua pihak ini ialah membicarakan makna al-mutashabihat atau tidak membicarakannya. Pihak yang membicarakannya pula adalah di atas faktor menentang kekeliruan dan menjawab keraguan. Kesimpulannya, melalui perbahasan tentang takwil dan tafwid ini dapat kita simpulkan bahawa tiada tokoh dikalangan mazhab ahlu sunnah wal jamaah yang mengingkari di antara satu sama lain sama ada dari era salaf yang mentafwid atau era khalaf yang mentakwil. Hal ini dapat menolak tuduhan golongan yang mengingkari takwil yang menyatakan bahawa khalaf telah menyalahi salaf. Sebagaimana yang telah diterangkan, terdapat perbezaan pada takrif tafwid dan takwil dalam tradisi ilmu Islam. Perbezaannya berpandukan manhaj aliran pemikiran yang berbeza dan bukan hanya perbezaan dari segi literal. Tafwid tidak hanya bermakna menyerahkan kerana ini menafikan makna. Manakala takwil pula tidak hanya bermakna merujuk kerana ini memutlakkan makna. Maka dengan memahami perbezaan ini, tidak sepatutnyalah timbul tafwid dan takwil yang dilihat sebagai mempunyai satu makna kerana ini adalah pengamatan bermudah-mudah (tasahul) orang yang pukul rata dalam menghukum. DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD AZRIE BIN YUSZAIMIE UNIT RND AKIDAH GLOBAL OUTREACH CENTRE (AGENT) 23/24, PERSATUAN MAHASISWA PENGAJIAN AKIDAH DAN AGAMA, UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA. ABDUL HANAN BIN MAKHTAR UNIT RND AKIDAH GLOBAL OUTREACH CENTRE (AGENT) 23/24, PERSATUAN MAHASISWA PENGAJIAN AKIDAH DAN AGAMA, UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA. 15
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=