MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 13-2024

semangat nasionalisme di kalangan pendudukTanah Melayu supaya membenci British melalui ideologi “Asia Untuk Asia”. Arus akhir nasionalisme ini diteruskan melalui kemunculan parti-parti politik yang berusaha menuntut kemerdekaan daripada pihak British. UMNO (United Malays National Organisation) dilihat sebagai lidah utama bagi menyuarakan suara kaum Melayu terhadap Malayan Union yang ditubuhkan oleh British. Pada akhirnya, suara nasionalisme Melayu terjawab dengan pembubaran Malayan Union dan pengisytiharaan persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Perjuangan ini diperteguhkan melalui permuafakatan melalui parti perikatan yang terdiri daripada UMNO, MIC dan MCA dan Tunku Abdul Rahman untuk mendapatkan kemerdekaan. Atas desakan dan permuafakatan ini Tunku Abdul Rahman telah berangkat ke London untuk mengadakan rundingan bersama pihak British. rundingan ini telah membawa tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 8 Februari 1956. Kepulangan Tunku Abdul Rahman di tanah melayu pada 20 Februari 1956 di Banda Hilir, Melaka menjadi saksi awal kemerdekaan dan sekali gus Tunku mengisytiharkan kemerdekaan tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Secara konklusinya, Jelaslah di sini bahawa usaha untuk mendapatkan kemerdekaan ini bukanlah sesuatu yang mudah. Kesemua tokoh-tokoh ini telah melalui ranjau penuh duri dalam tempoh yang panjang. Justeru kita sebagai generasi pada masa kini wajiblah menghargai nikmat kemerdekaan ini agar sejarah yang telah berlalu tidak akan terulang lagi ibarat kata-kata dari seorang ahli falsafah Amerika iaitu George santayana “ Those who do not remember the past are condemned to repeat it” . 11

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=