MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 13-2024

MENGHARGAI NIKMAT KEMERDEKAAN PENGARANG: MOHD AN’AM AQIL BIN MOHD NASIR Merdeka!!! Itulah Laungan keramat yang telah dilaung sebanyak 7 kali oleh Tunku Abdul Rahman di stadium Merdeka. Laungan tersebut telah menjadi simbol kebebasan kepada rakyat tanah melayu daripada cengkaman penjajah yang telah menjarah negara kita selama 446 tahun bermula dari tahun 1511M sehingga 1957M. Kemerdekaan yang telah dicapai ini merupakan satu nikmat yang dianugerahkan oleh Allah kepada manusia maka perlulah kita untuk wajib mensyukuri nikmat yang telah diberikan ini. Jadi, bagaimanakah kita sebagai rakyat Malaysia pada zaman kini menghargai nikmat kemerdekaan ini? Ayuh kita menghargai nikmat ini dengan kita mengimbas kembali pengorbanan pejuang kemerdekaan dalam memerdekakan negara kita dari cengkaman penjajah. Antara pejuang- pejuang yang telah menumpahkan darah mereka dalam menentang British di Tanah Melayu adalah Dato Maharajalela di Perak, Abdul Rahman Limbong di Terengganu, Mat Salleh di Sabah, Rentap di Sarawak, Tok Janggut di Kelantan, Mat Kilau di Pahang, Yamtuan Antah di Negeri Sembilan dan Dol Said di Melaka. Walaupun penentangan mereka berakhir dengan kegagalan namun semangat juang mereka untuk mengembalikan hak dan kedaulatan tanah air wajar disanjung. Perjuangan ini disambung Kembali pada seawal abad ke- 20 melalui mata pena dan bukan lagi pemberontakan. Antara Tokoh-tokoh penting era ini ialah Sheikh Tahir Jalaluddin, Syed Sheikh Al-Hadi, Zainal Abidin Ahmad (Za’ba), Burhanuddin Al-Helmy dan Abdul Rahim Kajai. Di antara mereka ini adalah nasionalis,guru, wartawan,pejuang bahasa dan ahli sastera. Serangan tentera Jepun ke Tanah Melayu pada bulan Disember 1941 dan pendudukan jepun secara keseluruhannya di Tanah Melayu bermula Februari 1942 hingga September 1945 telah meninggalkan kesan dan pengalaman yang pahit kepada seluruh penduduk di Tanah Melayu. Antara tokoh perjuangan yang sangat disegani dalam menentang penjajahan Jepun ialah Leftenan Adnan bin Saidi, seorang anak kelahiran Kajang yang berkhidmat dalam Rejimen Askar Melayu Diraja. Perjuangan Beliau dan rakan-rakanya di Bukit Candu dan Pasir Panjang Singapura akan terus diingati sebagai saksi titisan darah dan air mata mereka sebagai pahlawan negara. Jepun juga memainkan peranan penting dalam menyemaikan 10

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=