MAJALAH AL-HIKMAH EDISI KE 12
Uniknya, adab-adab dialog ini bukan dihuraikan menerusi penjelasan aspek-aspek akhlak seperti amanah, berkata benar, sabar, dan sebagainya sebagai tajuk utama. Namun, perkara ini didedahkan oleh penulis menerusi bentuk-bentuk dialog yang pernah berlaku dalam sejarah Islam menerusi bab- bab yang telah dinyatakan sebelum ini. Kesemua nilai adab ini dapat dideduksi oleh para pembaca menerusi renungan dan iktibar yang mendalam kepada semua contoh yang diberikan oleh penulis. Dalam perkembangan hidup yang serba pantas hari ini, ramai dalam kalangan kita yang mengejar untuk berkongsi sesuatu yang mempunyai potensi untuk viral dengan pantas di media sosial. Lebih daripada itu lagi, terdapat juga dalam kalangan kita yang ingin menjadi influencer, seorang yang berpengaruh dan menjadi ikutan di pelbagai platform media sosial. Seseorang yang telah mempunyai pengikut yang ramai di media sosial bukan sahaja popular malahan mereka juga dapat menjana keuntungan daripada populariti tersebut. Oleh itu, tidak mustahil pada hari ini, pelbagai perkongsian yang mungkin memalukan dan pelik dipertontonkan kepada khalayak umum dengan tujuan untuk popular dan untung. Sedangkan Islam telah mengajar kita tentang matlamat tidak menghalalkan cara iaitu kita dilarang untuk mendapatkan keuntungan daripada jalan yang salah. Sebagai kesimpulan, umat Islam di seluruh dunia, khususnya di Malaysia, amat memerlukan kemahiran asas dalam berdialog dan bermuamalah, sama ada sesama Muslim atau pun non-Muslim. Firman Allah SWT dalam Surah Ibrahim 14: ayat 24- 25: “Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit. (24) Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan- perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran) (25).” Moga Allah SWT merahmati dan memberkati roh Almarhum Dr. Muhammad Sayyid Tantawi dan semua ulama muktabar kita. Al-Fatihah. Cerminan Diri: Kita adalah Apa yang Kita Kongsikan di Media Sosial Oleh: Dr. Kamal Azmi bin Abd. Rahman Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Teras & Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM Menyedari akan pengaruh media sosial tersebut, syarikat-syarikat besar juga pada hari ini membuka perjawatan baru iaitu jawatan sebagai content creator atau pun pencipta kandungan digital yang akan dikongsikan media sosial. Malahan terdapat syarikat yang sanggup menggajikan puluhan ribu ringgit bagi mendapatkan khidmat seorang content creator. Ini kerana mereka meyakini hasil sentuhan kreatif daripada seorang content creator akan memberikan pulangan lumayan kepada syarikat. 6
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=