MAJALAH AL-HIKMAH EDISI KE 12
Pengenalan Ringkas Kitab Adab Dialog Dalam Islam Kitab Adab Dialog Dalam Islam oleh Dr. Muhammad Sayyid Tantawi ini adalah terbitan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) di Kuala Lumpur. Pertama kali diterbitkan pada tahun 2008 setebal 602 halaman sahaja. Karya ini telah dicetak kali kedua pada tahun 2005 dan cetakan ketiga pada tahun 2015. Kitab berbahasa Malaysia ini adalah terjemahan daripada versi asalnya dalam Bahasa Arab dengan tajuk Adab al- Hiwar Fi al-Islam. Terjemahan ini telah dibuat oleh Ustaz Mohd Nor Mamat ke atas cetakan Bahasa Arab pada tahun 1996. Di dunia Islam, kitab ini banyak diambil sebagai rujukan utama bagi pengajian peringkat sekolah dan universiti berkenaan bidang dialog dan adab berbeza pandangan. viii. Bab ketujuh: Dialog Secara Soal Jawab (hal. 393 - 464) ix. Bab kelapan: Dialog Antara Orang Cerdik (Berakal) Dengan Orang Jahil (Bodoh) (hal. 465 - 502) x. Bab kesembilan: Dialog Sesama Orang Jahat (hal. 503 - 532) xi. Bab kesepuluh: Dialog Sesama Orang Jahat (hal. 533 - 602) Menurut penelitian penulis, Dr. Muhammad Sayyid Tantawi telah menggunakan pelbagai sumber maklumat untuk kitabnya ini. Ini termasuklah: ayat-ayat al-Quran dan tafsir muktabar, sunnah Nabi SAW dan huraiannya, pandangan para ulama, contoh sejarah sahabat dan tabi’in, ilmu Bahasa Arab dan hukum logik akal. Boleh dikatakan bahawa penyampaian yang dibuat oleh penulis mengenai adab dialog dalam Islam ini adalah baik dan sesuai untuk difahami oleh masyarakat awam. Kandungan kitab ini adalah terdiri daripada 10 bab seperti berikut: i. Mukadimah (hal. vii-x) ii. Bab pertama: Faktor Perselisihan Sesama Manusia (hal. 1-12) iii. Bab kedua: Prinsip Dialog Dalam Islam (hal. 13-108) iv. Bab ketiga: Beberapa Contoh Dialog (hal. 109-242) v. Bab keempat: Dialog Dengan Ahli Kitab (hal. 243-304) vi. Bab kelima: Dialog Dengan Orang Munafik (hal. 305-370) vii. Bab keenam: Dialog Tentang Apa Yang Dihalalkan Dan Diharamkan Oleh Allah (hal. 371-392) 5
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=