MAJALAH AL-HIKMAH EDISI KE 12

Latar Belakang Ringkas Dr.Muhammad Sayyid Tantawi Nama penuh beliau adalah Muhammad Sayyid Tantawi. Beliau telah dilahirkan di Kampung Selim Al-Sharqiyyah, Daerah Sohag, Mesir pada 28 Oktober 1928. Beliau mendapat pendidikan awal di Institut Agama Iskandariyyah, Mesir pada tahun 1944. Kemudian menamatkan pengajian tinggi dengan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin di Universiti Al-Azhar pada tahun 1958. Seterusnya beliau memperolehi Sarjana Pendidikan pada tahun 1959 dan Doktor Falsafah dalam bidang Tafsir dan Hadis pada tahun 1966 daripada Universiti Al-Azhar al-Sharif juga. v. Mufti Besar Republik Arab Mesir, 1986;. vi. Imam Besar, Syeikh al-Azhar al-Sharif, tahun 1996 sehingga meninggal dunia tahun 2010. i. Antara karya yang telah dihasilkan oleh Dr. Muhammad Sayyid Tantawi adalah seperti berikut: i. Banu Isra’il fi Al-Quran wa Al-Sunnah (1969) ii. At-Tafsir Al-Wasit li Al-Quran Al-Karim dalam 15 jilid (1972) iii. Al-Qissah fi Al-Quran Al-Karim (1990) iv. Muamalah Al-Bunuk wa Ahkamuha Al- Shar'iyyah (1991) v. Mu’jam I’rab Alfaz al-Quran al-Karim (1995) vi. Adab al-Hiwar Fi al-Islam (1996) vii. Al-Ijtihad Fi al-Ahkam Al-Shar'iyyah (1997), dan banyak lagi. Dari sudut kerjayanya, Dr. Muhammad Sayyid Tantawi banyak menyumbangkan khidmatnya dalam bidang pendidikan dan dakwah. Antaranya: i. Pensyarah di Fakulti Usuludin, Universiti al-Azhar, 1968; ii. Pensyarah bidang Tafsir di Universiti Libya, 1972; iii. Pensyarah bidang Tafsir di Universiti Islam Madinah, 1980; iv. Dekan, Fakulti Usuludin, Universiti al- Azhar, 1982; Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerusi Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) telah menganugerahkan Dr. Muhammad Sayyid Tantawi ijazah Doktor Kehormat dalam bidang Da’wah dan Pengurusan Islam menerusi Majlis Konvokesyen Khas Pertama pada 16 Februari 2008 di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Anugerah ini diberikan sebagai satu pengiktirafan kepada segala sumbangan beliau dalam bidang dakwah dan pengurusan dalam dunia Islam. Beliau meninggal dunia pada 10 Mac 2010 kerana serangan jantung di Riyadh selepas selesai lawatan kerja sempena penyampaian Anugerah Antarabangsa Raja Faisal di Arab Saudi. Jasad beliau dikuburkan di al-Baqi’, Madinah. 4

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=