MAJALAH AL-HIKMAH EDISI KE 12

Di sinilah letaknya keperluan amalan dialog dan adabnya bagi semua umat Islam. Dialog bukanlah hanya lontaran perkataan dan luahan perasaan kepada pihak yang lain tanpa memikirkan kesan dan akibat. Dialog juga bukanlah paksaan dan proses membuat keputusan. Dialog adalah sebuah proses interaksi dan pertukaran maklumat yang bermakna antara ahli masyarakat dalam pelbagai kumpulan (sama ada sosial, budaya, politik dan agama) menerusi pelbagai bentuk perbincangan dan aktiviti dengan tujuan meningkatkan kefahaman (Ahmet Kurucan & Mustafa Kasim Erol, 2012). Adab pula diperlukan dalam dialog untuk mengatur tatacara dan akhlak para pendialog. Dalam zaman value and truth deficit ini, adab amat diperlukan bagi mengatur fikiran, perkataan dan perbuatan setiap Muslim. Perkara ini dapat dipelajari dengan baik menerusi karya Adab Dialog Dalam Islam oleh Almarhum Syeikh Dr. Muhammad Sayyid Tantawi yang ditekuni dalam artikel ini. 3

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=