MAJALAH AL-HIKMAH EDISI KE 12
Resensi Kitab Adab Dialog Dalam Islam Oleh Almarhum Syeikh Dr. Muhammad Sayyid Tantawi (1928-2010) Oleh: Dr. Wan Mohd Fazrul Azdi Bin Wan Razali Pensyarah Kanan, Program Akidah dan Agama, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan pelbagai keunikan dan sejarah. Sehingga tahun 2022, penduduk Malaysia telah dianggarkan berjumlah seramai 32.7 juta orang. Jumlah penduduk Malaysia ini pula terdiri daripada gabungan pelbagai kaum, agama dan keturunan. Keperluan Kepada Dialog dan Adabnya di Malaysia pada tahun 2022, peratusan etnik Melayu mencatatkan jumlah 57.7% daripada jumlah penduduk warganegara di Malaysia. Ini diikuti dengan etnik Cina seramai 22.8%, etnik Bumiputera (orang asli dan lain- lain) 12.2%, etnik India 6.6%, dan lain- lain etnik seramai 0.7%. Setiap kaum, agama dan keturunan ini sudah tentulah mempunyai pelbagai kefahaman, pandangan alam, kepercayaan, budaya, nilai dan sejarah yang berbeza berkenaan urusan kehidupan dan dunia ini. Mustahil dari sudut akal sekiranya kesemua kaum, agama dan keturunan ini mempunyai satu sahaja bentuk kefahaman, nilai, kepercayaan dan sejarah sepanjang tawarikh kewujudan negara Malaysia, apatah lagi dalam riwayat sejarah dunia. Perbezaan kefahaman, pandangan alam, kepercayaan, nilai dan sejarah ini mempunyai pelbagai sebab musabab. Ramai ulama dan penyelidik yang telah mengkaji perkara ini sesuai dengan tujuan dan kemampuan yang dimiliki. Namun, apa yang penting digarisbawahi di sini, kesemua perbezaan ini tidak akan memberikan kesan yang buruk sekiranya diuruskan dan ditanggapi sebaiknya. Hal sebaliknya pula akan berlaku sekiranya kesemua perbezaan ini gagal diuruskan dan tidak ditanggapi secara positif. Berdasarkan maklumat daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), pada tahun 2022, peratusan etnik Melayu mencatatkan jumlah 57.7% daripada jumlah penduduk warganegara di Malaysia (DOSM), 2
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=