MAJALAH AL-HIKMAH EDISI KE 12
Tip #4 – Tips mengenai kepimpinan ? Antara yang perlu dijaga oleh seorang pemimpin ialah menjaga dirinya daripada melakukan perbuatan mungkar dan menunaikan kewajipan syarak serta tugas-tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan baik dan adil. "An effective leader is not a matter of clever speeches and self-image in order to be liked. Leadership is reflected in the results of their work, not their attributes." Antara aspek yang perlu dititik beratkan ialah disiplin. Kita wajarlah latih diri agar berdisiplin dalam apa sahaja keadaan sehingga kita sedar bahawa masa tidak tunggu kita, tapi kita harus mengejar masa. Kedua ialah sabar, apabila berorganisasi pasti wujud pelbagai ragam atau karakter yang kita akan jumpa, jadi cuba amalkanlah sabar selalu supaya hati kita tenang. Ketiga ialah yakin, akan ada suatu ketika kita akan merasa ragu, jadi kita perlulah mencari suatu cara atau motivasi agar kita berkeyakinan tinggi dalam melakukan suatu urusan. Keempat berakhlak mulia, wajarlah kita membentuk peribadi kita dengan akhlak mulia kerana apabila kita menghubungkan akhlak dengan Islam, maka ianya secara langsung menjadi akhlak yang paling baik, dipenuhi dengan nilai-nilai akhlak yang mulia. Kelima muhasabah, kita haruslah sentiasa jadikan muhasabah diri sebagai rutin harian kita agar menjadi pemangkin kepada kemajuan diri. Orang yang sering bermuhasabah akan dapat membersihkan diri daripada kejahilan, dosa dan noda. 4. KATA MOTIVASI Nak capai kejayaan memerlukan usaha yang jitu dengan kesabaran, disiplin, konsisten dan istiqamah. 5. NASIHAT BUAT PELAJAR (AKIDAH & UMUM) Saudara saudari yang dikasihi, masa 4 tahun di Universiti sebenarnya sangat singkat dan tidak lama sebenarnya. Sentiasa perbetulkan niat kita, untuk apa kita berada di USIM. Tanya diri kita mampukah apabila mana kita bergraduasi nanti, dapatkah kita berbakti kepada ibu ayah, masyarakat, agama dan negara?. Tuntut dan teladanilah segala ilmu daripada para pensyarah di USIM. Ibn Abbas R.Anhuma pernah berkata: ء ٍ ي ْ ش َ ل ّ ك ُ ن ْ م ِ ذ وا ُ خ ُ ف َ ص ى َ ح ْ ي ُ ن ْ أ َ ن ْ م ِ ر ُ ث َ ك ْ أ َ م ُ ل ْ ع ِ ل ْ ا ه ُ ن َ س َ ح ْ أ َ Maksudnya: “Ilmu itu amat banyak daripada yang termampu untuk dihitung, maka ambillah setiap sesuatu itu yang terbaik” Kita haruslah sentiasa berdoa kepada Allah agar mendapat ilmu yang bermanfaat. Banyakkan membaca kerana ia merupakan kunci kepada ilmu. Kemudian bermuzakarahlah kerana dengannya ilmu akan berkembang serta akan dapat maklumat dengan lebih mudah. Seterusnya, hormatilah guru-guru, rakan-rakan dan warga universiti khususnya. Semoga titipan nasihat yang ringkas ini akan menatijahkan semangat kita untuk menjadikan kita sebahagian daripada ahli ilmu. InsyaAllah. 30
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=