MAJALAH AL-HIKMAH EDISI KE 12
namun apa yang dapat saya simpulkan ialah, banyak perkara yang saya belajar dan ikuti daripada Umi dan Abah saya dalam kehidupan saya ini. Hargai dan sayangilah ibu bapa kita selagi hayat masih dikandung badan. Bukan itu sahaja, titipkanlah juga doa buat mereka dan gembirakanlah mereka. 3. TIP-TIP UNTUK PELAJAR Tip #1 – Bagaimanakah cara urus masa yang sebaiknya antara Belajar, Persatuan, Kendiri (me time) ? Sebagai seorang Mahasiswa, kita perlulah mengimbangkan masa diantara pelajaran, persatuan, dan kendiri supaya kita menjadi seorang yang all- rounder. Sentiasa ada soalan mengenai “ boleh ke Mahasiswa mengimbangi masa untuk belajar dan persatuan? “ . Jawapannya ialah boleh. Kerana, setiap insan diberikan masa 24 jam sehari. Tidak akan ada orang yang masanya terkurang atau terlebih. Antara perkara yang perlu dititikberatkan dalam pengurusan masa ialah kita perlulah menetapkan keutamaan sesuatu perkara, elakkan budaya menagguhkan kerja, jaga waktu tidur sebaiknya, dan bukan itu sahaja, kita perlu juga ada rutin harian yang baik. Yang paling penting ialah, kita haruslah tetapkan niat dan matlamat kita pada hari tersebut. Waktu kendiri juga sangat penting supaya kita dapat “refresh” semula diri kita untuk kembali cergas pada hari berikutnya. Tip #2 - Apakah cara yang perlu dilakukan agar kita senang fokus dalam kelas? Cara utama untuk fokus dalam kelas antaranya ialah, ketika pensyarah sedang mengajar, kita perlulah dengar dengan teliti dan hayati apa yang disampaikan serta catat nota. Sekiranya hilang fokus, kita boleh lakukan regangan atau minum air. Kebiasaanya, pensyarah akan beri “ take 5 or take 10 “ masa untuk rehat, jadi kita boleh keluar kelas untuk berjalan ambil angin supaya kembali segar. Amat digalakkan agar kita bertanya atau berinteraksi sekiranya pensyarah izinkan supaya kita tidak mengantuk dalam kelas. Tip #3 - Apakah cara mengulangkaji yang terbaik? Bagi saya, cara mengulangkaji terbaik antaranya ialah membuat nota ringkas untuk setiap subjek supaya apabila ada peperiksaan atau kuiz, nota ini sangat memudahkan kita untuk mengulangkaji. Bahan rujukan atau buku berkaitan subjek yang diberi pensyarah atau kita dapat juga perlu dibaca dan hadam sebaiknya agar kita dapat memahami ilmu itu dan bukannya sekadar hafal semata-mata. Kemudian belajar secara berkumpulan dalam tiga ke lima orang, agar kita dapat saling berkongsi ilmu dan pendapat yang berbeza. Seterusnya, mengenalpasti teknik belajar yang betul dan sesuai dengan diri kita, misalnya study smart dan study hard, kedua-duanya ada "pro and cons". Apabila sudah pulun belajar, beringatlah bahawa badan kita juga perlu rehat, kita juga perlu jaga kesihatan. Jadi, pastikan rehat sekurang- kurangnya 5 minit setiap sejam atau setengah jam bergantung kepada cara masing-masing. 29
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=